August 1, 2011

Perlawanan "Sarkis" BPL Tour punca MALAYSIA tersingkir!

Dulu gua pernah sentuh isu ni SEBELUM dan SELEPAS perlawanan menentang Singapura. Sebelum [erlawanan menentang Singapura, ramai yang hentam gua (terutama geng fanatik BPL) kononya perlawanan ni boleh bagi pengalaman kepada pasukan negara sebagai persiapan Kelayakan Piala Dunia. Diorang kata, tak kisah lah lawan pasukan apa pun, asalkan ada perlawanan berkelas "antabangsa". Pemain akan timba pengalaman tak kira menang atau kalah!

DAN beberapa saat selepas MALAYSIA tersingkir, sekali lagi gua jadikan perlawanan ini sebagai alasan untuk MALAYSIA kalah, tapi sekali lagi gua kena hentam, katanya dah kalah jangan nak jadikan perlawanan "sarkis" tu sebagai alasan. Semua nampak KING Gopal je yang SALAH! Gua DIAM! Tapi hari ni gua nak tulis balik perihal perlawanan "sarkis tu".

Hari ini, sekali lagi gua nak tampil untuk kaitkan kekalahan MALAYSIA dengan perlawanan "sarkis" tu. Gua bukan nak bela KING Gopal, sebab gua pun salahkan KING Gopal dalam cara pemilihan pemain. Cuma gua nak tambah satu lagi sebab kenapa MALAYSIA boleh kalah dengan Singapura yang bagi gua, MALAYSIA boleh makan la. Atas kertas, MALAYSIA memang boleh menang, tapi apakan daya, perlawanan diadakan di atas PADANG, bukannya atas KERTAS!

Ok, berbalik kepada perlawanan "sarkis", gua nak ulas skit pasal MORAL pemain! Bagi gua, MORAL ni sangat lah penting dalam diri bagi setiap pemain untuk menghadapi perlawanan demi perlawanan. Dalam dua perlawanan menentang Arsenal dan Liverpool, pertahanan MALAYSIA yang diterajui oleh Mahali Jasuli, Fadhli Shas, Muslim Ahmad, Ashrarudin Putra (Gua sebut Juara AFF Suzki Cup je) bolos 10 gol (Malaysia 0-4 Arsenal dan Malaysia 3-6 Liverpool). Korang agak-agak la kan, kalau korang main tempat diorang dan lepas 10 gol, korang rasa MENTAL dan MORAL makin tinggi ke jatuh? Kalu gua, gua rasa MORAL gua JATUH MERUDUM. Kita tak boleh nak salahkah diaorang bila bolos 10 gol sebab lawan diaorang bukan "team cap ayam" (walaupun Liverpool punya logo ada ayam). Semua kelas-kelas dunia beb. Mau tak bolos 10 gol. So, bagi gua, aksi "hancur" diaorang masa lawan Singapura adalah berpunca dari sini, PERLAWANAN "sarkis". Memang diaorang dapat PENGALAMAN, tapi bukan pengalaman yang bagus, TAPI, PENGALAMAN NGERI!!

Tu gua cerita pasal MORAL pemain. Sekarang gua nak cerita pasal KECEDERAAN pemain pula. Korang sedar atau tidak bila masa Aidil Zafuan & Norshahrul Idlan cedera? Bukan ke diaorang CEDERA masa perlawanan "sarkis" tu ke? Bermain bola sepak dengan LAWAN yang tidak setanding akan beri kedan TEKANAN kepada pemain. Pemain BPL terlalu pantas dan jauh meninggalkan pemain MALAYSIA walaupun mereka hanya bermain ala-kadar. Pemain MALAYSIA puala terpaksa mengerah keringat untuk bersaing dengan lawan mereka. Sudah pasti KESUNGGUHAN itu bakal menyebabkan kecederaan. Dan terbukti, Aidil dan Mat Yo CEDERA dan tidak mampu bermain menentang Singapura (kecuali Aidil yang mampu bermain kejap). SIAPA YANG RUGI MA? FAM jugak untung besar hasil perlawan "sarkis tu".

Sekarang dengar cerita FAM nak kaji semula perlawanan "sarkis" menentang kelab BPL tu!! Haish!! baru sekarang mau kaji ke? NASI DAH JADI BUBUR! MALAYSIA dah TAK LAYAK untuk rampas Piala Dunia dari Sepanyol! Kena tunggu 4 tahun lagi!! Ops!! 4 tahun lagi??? 4 tahun lagi, masih adakah Safee Sali, Norshahrul Idlan (sekadar sebut dua nama)? Gua rasa diaorang memang ada cuma buka semuda sekarang! Kudrat diaorang dah tak sehebat sekarang. Ketika itu, adakah MALAYSIA mampu sekali lagi melahirkan Safee Sali? Mat Yo??? Atau FAKRI SHARANI dan AMAR ROHIDAN masih boleh diharapkan bermain dalam kesebelasan utama ketika itu (Kalau KING Gopal masih ditempat beliau sekarang, jawapannya YA)?????? Gua rasa belum pasti MALAYSIA mampu melahirkan barisan yang SEBAGUS sekarang dalam masa 4-5 tahun lagi.Tiada jaminan untuk itu. Bagi gua, barisan pemain yang ada sekarang (termasuk semua pemain dalam Liga MALAYSIA, bukan PILIHAN KING Gopal je), cukup bagus dan mampu bersaing di peringkat yang tinggi. MASA DEPAN? Tak siapa mampu jamin! Tapi gua TETAP YAKIN, kerana MALAYSIA BOLEH!! Gua tetap sokong MALAYSIA!! Sebab negara gua ada satu je, iaitu MALAYSIA!

Ok lah. Gua rasa gua dah membebel panjang. Bagi gua, gua nak rumuskan disini, MORAL pemain teruk terjejas dek kena BELASAH dengan pasukan BPL, dan pemain-pemain penting yang cedera pun dek kerana perlawanan "sarkis" itu. Gua sikit pun tak nampak apa KEBAIKAN dan kesan POSITIF perlawanan tu, MELAINKAN ----->> $$$. Selain tu, gua tak nampak dah apa yang positif. So, untuk itu, gua yang memang tak reti pasal bola sepak (sebab gua hanya penyokong), nak SARANKAN agar kaji dulu perlawanan persahabatan yang mahu dilakukan. Bagi gua, apa salahnya kalau MALAYSIA  lawan pasukan-pasukan bertaraf NEGARA, bukannya lawan yang bertaraf KELAB! China pun hantar wakil KELAB je untuk lawan Liverpool dan diaorang kalah 3-4 je. Sikit pun tak malu. Ni NEGARA kita KALAH dengan pasukan bertaraf KELAB, malu weiii!! Fikir-fikirkanlah. Gua  hanya luahkan rasa gua sebagai pencinta bola sepak yang sayangkan TANAH AIRNYA, MALAYSIA! Tanah Tumpanhnya Darahku!

penulis : Wawan Faiz [www.wawanfaiz.com]
Kredit: Ultras Kelantan- The Red Mania


INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!