August 1, 2011

Rajagobal Senarai Semula Wajah Lama, Joseph Kalang

Nama Farizal Marlias, Norhafiz Zamani Misbah dan Khyril Muhymeen Zambri adalah antara yang kembali tersenarai untuk menjalani latihan bersama skuad kebangsaan kendalian Datuk K.Rajagobal, menjelang beberapa aksi persahabatan antarabangsa sepanjang bulan Ogos ini - termasuk menentang Oman.

Tonggak tengah Terengganu, Joseph Kalang Tie pula muncul satu-satunya wajah baru dipanggil untuk melengkapkan senarai 25 pemain, tatkala Norshahrul Idlan Talaha dan Aidil Zafuan Razak digugurkan, berkemungkinan atas alasan kecederaan yang belum pulih.

Pertahanan Kelantan, S.Subramaniam, dan pemain sayap lincah, Nurul Azwan Roya pula masih gagal meyakinkan Rajagobal untuk dipanggil ke kem negara.

Kesemua pemain Harimau Muda A – Muslim Ahmad, Mahali Jasuli, Fadhli Shas, Izzaq Faris Ramlan, dan K.Gurusamy, termasuk penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat pula tiada dalam senarai bagi membolehkan mereka menyertai skuad Olimpik yang kini ‘bertapa’ di Slovakia sebagai persiapan menghadapi Kelayakan Olimpik yang dijadual bermula 21 September depan. 

Justeru kehadiran semula wajah-wajah yang sebenarnya bukanlah asing dalam kem negara ini dilihat dapat menutup ketiadaan mereka setidak-tidaknya buat sementara waktu.

Berikut senarai lengkap pemain yang dikehendaki melaporkan diri kepada Rajagobal pada Rabu, 3 Ogos, jam 4 Petang.

Amar Rohidan, Azmi Muslim, Baddrol Bakhtiar, Khyril Muhymeen
Kedah
Amirulhadi Zainal, Asrarudin Putra Omar, Safiq Rahim
Selangor
Norhafiz Zamani Misbah, Farizal Marlias, S.Kunanlan
Negeri Sembilan
Ashaari Shamsudin, Helmi Remeli, Abdul Hadi Yahya, Sharbini Allawee, Ismail Faruqi Ashaari, Joseph Kalang Tie
Terengganu
Farisham Ismail, Rizal Fahmi Rosid, S.Chanturu, Shakir Shaari
Kelantan
Shahrom Abdul Kalam, Norazlan Razali
Kuala Lumpur
Shahrizal Mohd Saad
Johor FC
Faizal Muhammad
Harimau Muda A
Safee Sali
Pelita Jaya



Kredit: Suara Sukan Anda

  INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!