August 3, 2011

Barca Tetap Mahu Fabregas




 JURULATIH Barcelona Pep Guardiola enggan menandatangani pemain lain selain pemain tengah Arsenal Cesc Fabregas sebelum jendela perpindahan di tutup.

Bagaimanapun, kedegilan Barca memenuhi tuntutan The Gunners RM189.5 juta, mungkin menyukarkan juara Liga Juara-juara itu melaksanakan hajat mereka.

Selepas membawa masuk pemain Udinese Alexis Sanchez, Barca dijangka tidak akan membuat apa-apa pembelian selepas itu selain Fabregas.

“Sekarang hanya tinggal seorang sahaja, iaitu Fabregas,” katanya.

Laporan media sebelum mendedahkan bahawa gaji Fabregas perlu dipotong RM18.9 juta setahun, dan ia satu-satunya jalan keluar jika Fabregas mahu berhijrah dari Emirates.
INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!