February 5, 2011

PREVIEW PERLAWANAN EPL 5 FEBRUARI 2011

England_Premier_LeagueStoke v Sunderland
Stoke kalah kepada Liverpool 2-0 dalam perlawanan rabu, namun mereka mengharapkan tuah apabila menentang Sunderland di gelanggang keramat mereka sendiri. Rekod mereka bermain di halaman sendiri amat baik dengan enam kemenangan daripada 12 perlawanan. Mereka akan bermain seperti biasa iaitu dengan cuba memberi tekanan kepada pihak lawan. Pertahanan mereka juga dikatakan kebal dan sukar untuk ditembusi.

Sunderland pula merupakan satu pasukan yang mempunyai pertahanan yang cukup kukuh. Namun begitu, kerana kelapaan, pertahanan mereka dihukum Chelsea dengan jaringan 4-2. Persembahan mereka di gelanggang lawan tidaklah boleh dibanggakan dengan hanya mencatat tiga kemenangan dari 12 perlawanan. Tapi perkara yang harus diingat ialah, mereka bukan pasukan yang mudah untuk ditewaskan.

Perlawanan dijangka seimbang dan tidak ada kejutan yang mugkin akan berlaku dalam perlawanan malam ini. Keputusan dijangka seri.


Aston Villa v Fulham
Prestasi buruk Villa dikatakan akan berakhir selepas kemasukan Darrent Bent. Walaupun kalah di tangan Man United, mereka kelihatan masih optimis untuk memenangi perlawanan malam ini. Pemain yang harus diberikan tumpuan semestinya Bent yang mana telah berjaya menjaringkan dua gol dalam dua perlawanan bersama Aston Villa.

Bagi Fulham pula, perlawanan kali ini mungkin akan membuatkan hati mereka sedikit gundah. Melihat kepada rekod sehingga kini, Fulham hanya mencatat satu kemenangan di gelanggang lawan sepanjang musim ini. Mereka mencatat begitu banya keputusan seri namun itu adalah lebih baik berbanding dengan keputusan kalah. Fulham juga merupakan pasukan yang sukar untuk dikalahkan sama ada di gelanggang sendiri mahupun di gelanggang lawan.

Aston Villa pasti akan menggunakan segala kelebihan bermain di halaman sendiri dan mungkin mereka akan mencatat kemenangan ke atas Fulham malam ini.

Everton v Blackpool
Everton meneruskan persembahan menarik ketika menentang pasukan di tangga teratas dan persembahan buruk apabila menentang pasukan yang berada di tangga bawahan liga. Dengan hanya tiga kemenangan daripada 11 perlawanan di gelanggang sendiri mereka kini hanya tiga mata berada di atas zon penyingkiran dan mereka harus memulakan kemenangan secepat mungkin. Hanya denga mencatat kemenangan akan membuka ruang untuk mereka bernafas kembali dalam Premier League.

Blackpool bermula dengan baik bermula awal musim sehingga kini. Mereka berjaya memungut banyak mata di gelanggang lawan berbanding di halaman sendiri. Namun begitu, sekiranya mereka tidak berjaya mengutip mata daripada kini, penyingkiran mungkin akan menjadi ancaman buat mereka. Buat masa ini, mereka hanya empat mata di atas zon penyingkiran dan kekalahan malam ini akan menjadikan kedudukan mereka lebih hampir kepada itu.

Jika Everton bermain dengan bersungguh-sungguh, mereka mungkin akan memenangi perlawanan malam ini. Namun lawan mereka juga bukanlah calang-calang pasukan untuk ditewaskan.

Man City v West Brom
Man City kini menduduki tangga ketiga liga dibawah Man United dan Arsenal namun mereka melihat perlawanan malam ini sebagai satu peluang untuk mereka kembali berada dalam litar kejuaraan. Mereka mempunyai pemain yang bagus, namun kombinasi pemain yang dikatakan kurang serasi menjadi punca kepada masalah mereka. Prestasi mereka di gelanggang sendiri amat baik.

West Brom hanya berjaya mengutip satu mata dalam perlawanan menentang Wigan di gelanggang sendiri pada pagi rabu dan keputusan itu menjadikan mereka masih berada di bawah liga. Walaupun mereka mempunyai penyerang dan pemain tengah yang baik, namun dengan prestasi teruk pertahanan mereka menjadikan mereka satu pasukan yang tidak digeruni dalam liga perdana. Jadi mereka harus menggunakan segala pengalaman yang mereka ada untuk memastikan mereka berjaya mencatat kemenangan dalam perlawanan malam ini.

Perlawanan malam ini harus dimenangi oleh Man City kerana dalam perlawanan selepas ini mereka harus bertemu Man United di gelanggang lawan. Perlawanan malam ini mungkin perlawanan yang mudah buat mereka.

Newcastle v Arsenal
NEwcastle telah menjual penjaring terbanyak mereka kepada Liverpool dengan harga yang amat tinggi. Andy Carroll yang tidak bermain akibat kecederaan, namun menjualnya kepada Liverpool meninggalkan kesan yang amat buruk buat Newcastle. Bukan mudah untuk mengharungi perlawanan tanpa pemain harapan pasukan, namum harus diingat, mereka juga sukar untuk ditewaskan.

Arsenal mempunyai rekod yang cemerlang dalam Liga Perdana. Mereka berjaya menjaringkan banyak gol dan berjaya mempertahankan gawang mereka daripada dibolosi dengan banyak. Mereka merupakan pasukan yang hebat dan jika berjaya mengutip tiga mata malam ini akan menjadikan kedudukan mereka bertambah hampir dengan Man UNited. Mereka mempunyai beberapa masalah kecederaan, namun dengan kecergasan Fabregas dan Persie pasti akan menjadikan lawan mereka berhati-hati dengan setiap serangan yang dilancarkan.

Arsenal mungkin akan meneruskan kecemerlangan mereka dalam perlawanan malam ini dengan mencatat kemenangan di gelanggang lawan.

Tottenham v Bolton
Spurs mencatat kemenangan penting ke atas Blackburn dalam perlawanan malam rabu. Hal ini bermaksud mereka masih lagi berada dalam landasan yang betul untuk menempatkan diri dalam Liga Juara-Juara, dengan Man City dilihat sebagai pasukan yang senang untuk mereka kejar. Prestasi mereka di gelanggang sendiri adalah baik dengan hanya mencatat satu kekalahan daripada 12 perlawanan.

Bolton mendapat kemenangan pertama mereka sejak sekian lama apabila berjaya menewaskan Wolves namun prestasi mereka malam itu juga teruk. Mereka mempunyai rekod yang buruk dalam perlawanan di tempat lawan, dan mereka juga dilihat sukar untuk menjaringkan gol menjadikan setiap perlawanan adalah sukar bagi mereka.

Spurs mungkin akan menang dalam perlawanan ini.

Wigan v Blackburn
Wigan kini semakin hampir untuk keluar dari zon penyingkiran dalam perlawanan pagi rabu namun jaringan pada akhir babak perlawanan oleh West Brom menghampakan mereka. Mereka mungkin dapat mengelakkan diri dari penyingkiran namun ia amat sukar melainkan mereka memulakan rentak kemenangan bermula dari sekarang.

Balckburn telah bolos begitu banya gol dalam perlawanan di tempat lawan, namun kebolehan mereka untuk memperolehi banyak kemenangan daripada seri membolehkan mereka kini menduduki di tangga pertengahan liga.

Mungkin Blackburn merasakan mereka dapat memenangi perlawanan malam ini, namun berdasar prestasi kini, Wigan mungkin akan berjaya mengatasi Blackburn.

Wolves v Man UNited
Wolves dilihat sebagai pasukan yang tidak mempunyai tuah dalam kempen Liga Perdana musim ini, dengan mereka jarang mendapat keputusan seperti yang diinginkan. Mereka menang dalam perlawanan menentang Chlesea dan Man City di gelanggang sendiri, dan sekiranya mereka bermain dengan prestasi terbaik mereka, tidak mustahil untuk mereka menang dalam perlawanan menetang Man United ini.

Man United merupakan pasukan yang amat digeruni buat masa sekarang. Namun dalam tiga perlawanan selepas ini pasti akan mejadikan mereka tidak senang duduk kerana lawan mereka selepas ini ialah Man City, Chelsea dan Liverpool. Jika mereka berjaya mencatat kemenangan ke atas ketiga-tifa pasukan ini, mereka adalah juara Liga Perdana musim ini. Mereka tidak pernah ditewaskan dalam 24 perlawanan musim ini, namun hanya berjaya mencatattiga kemenangan dalam 11 perlawanan di gelanggang lawan.

Wolves dijangkan memberikan saingan yang sengit ke atas Man United malam ini, namun kebijaksanaan dan pengalaman Man United pasti akan menjadikan mereka pasukan yang sukar untuk ditewaskan.