
Torres menyerahkan surat untuk berpindah pada Jumaat, hanya memberikan masa tiga hari untuk Liverpool mencari pengganti yang sesuai utnuk dirinya sebelum dia berpindah ke Chelsea dengan bayaran GBP50 Juta. Ketika itu The Reds sudah berjaya menandatangani Andy Carroll namun perpindahan itu mendapat kecaman dari banya pihak. Hal ini kerana harga perpindahan Carroll iaitu GBP35 juta dikatakan terlalu mahal dan tidak berpatutan.
Dalglish masih terasa dengan kehilangan Torres namun setelah SUarez berjaya menjaringkan gol semasa bertemu Stoke, Dalglish sekali lagi bersuara dengan menyatakan bahawa Torres sudah tidak lagi penting buat Liverpool.
"Semua kecewa dengan perpindahan Torres. Dia berpindah pada masa yang tidak sesuai namun kami tetap melepaskannya. Bagi kami, pemain yang paling penting sekarang ialah mereka yang terus kekal bersama kelab ini," ujar Dalglish.