February 3, 2011

United, Arsenal makin selesa

(D5) - Bintang Manchester United, Wayne Rooney nyata unggul apabila menjaringkan dua gol untuk membantu pasukannya menang 3-1 dalam perlawanan Liga Perdana menentang Aston Villa, awal pagi tadi.

Dengan kemenangan di Old Trafford itu membuatkan United semakin kukuh dipersada liga dengan memiliki 54 mata, lima mata dihadapan Arsenal yang turut menang menumpaskan Everton 2-1 di Emirates.

Pada awal permainan, skuad Villa tergamam ketika gol sulung United dijaring Rooney hasil rembatan tepat ke gawang sejauh 20 ela pada minit pertama . Tidak cukup dengan itu Rooney sekali lagi memusnahkan harapan Villa (M45), sebelum Vidic pula membuat rembatan cantik pada minit ke-63. Villa terpaksa berpuas hati dengan membawa pulang 1 gol yang diperolehi Bent pada minit ke-58.

Pertemuan di Emirates pula menyaksikan Koscielny menjadi wira Arsenal setelah beliau menjaringkan gol kemenangan pada minit-75, selepas rakan sepasukan, marshavin menyamakan kedudukan (M70). Pada perlawanan itu, Everton terlebih dahulu meraih gol menerusi Saha (M24).

Sementara itu, Chelsea masih memiliki perbezaan 10 mata di belakang United walaupun menang keatas Sunderland 4-2 di Stadium of Light.

Gol pembukaan Chelsea dijaringkan oleh Lampard pada minit ke-15 menerusi sepakan penalti dan selebihnya di sempurnakan Kalou M23, Terry M60 dan Anelka M90. Gol Sunderland dijaringkan oleh Bardsley M4 dan Richardson M28.

Manakala pertemuan di Stadium Hawthorns menyaksikan Wigan terikat seri 2-2 dengan West Brom.