February 3, 2011

Suarez menyerlah, City sekadar seri

(D5) - Luis Suarez yang dibawa masuk dari bangku simpanan Liverpool nyata menyerlah apabila berjaya menjaringkan gol kedua pasukannya ketika menentang Stoke City pada perlawanan Liga Perdana di Anfield, malam tadi. (Liverpool 2, Stoke 0).

Suarez yang baru sahaja mengikat kontrak bersama Liverpool dengan kos perpindahan sebanyak RM111.4 Juta (22.6 million pounds) daripada Ajax, hanya memerlukan masa 16 minit untuk membuka akaun jaringan peribadi dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.

Bagaimanapun, pada perlawanan itu, Liverpool terlebih dahulu dihadiahkan gol pada minit ke-47 menerusi Meireles.

Dengan kemenangan tersebut, skuad dibawah bimbingan Kenny Dalglish kini mempunyai perbezaan hanya dua mata dibelakang Sunderland yang berada ditangga keenam.

Sementara itu, dalam pertemuan lain turut menyaksikan Manchester City hanya sekadar berkongsi satu mata apabila terpaksa seri dengan Birmingham 2-2 di St Andrews Stadium.

Gol City dijaringkan oleh Tevez pada minit ke-4 dan Kolarov (M41), manakala Birmingham meraih gol menerusi pemain Zigic (M23) dan juga Gardner(77), hasil sepakan penalti.

Blackburn pula gagal menyekat kemaraan Tottenham selepas tunduk 0-1 hasil jaringan Peter Crouch seawal minit ke-3. Pertemuan di Craven Cottage juga turut menyaksikan Newcastle tumpas ketangan Fulham 0-1, hasil jaringan Duff pada minit ke-67.

Keputusan lain bagi perlawanan liga perdana malam tadi juga menyaksikan Blackpool tewas keatas West Ham 1-3, manakala Bolton menang 1-0 dalam pertemuan menentang Wolves.