February 7, 2011

Miereles Hancurkan Hati Torres

Fernando Torres nyata kelihatah kecewa selepas pasukan barunya Chelsea tewas kepada bekas kelabnya Liverpool dalam perlawanan di Stamford Bridge malam tadi. Miereles menjaringkan gol kemenangan The Reds pada minit ke-68.


Perlawanan antara kedua pasukan itu memperlihatkan penguasaan Chelsea dalam kawalan bola. Gandingan tiga penyerang The Blues ;Drogba, Anelka dan Torres pada awalnya dilihat banyak mendatangkan masalah kepada pertahanan Liverpool. Namun begitu, pengalaman pertahanan Liverpool berjaya menyerap tekanan dari penyerang Chelsea itu.

Walaupun kawalan bola banyak dikuasai Chelsea, dari segi serangan pula, nyata serangan Liverpool lebih berbahaya dan nyaris memberikan gol pertama buat mereka apabila lorongan cantik dari kapten pasukan, Gerrard gagal disempurnakan Maxi Rodriguez.

Kesilapan Maxi itu nyata tidak memberikan tekanan buat Liverpool apabila berusaha bermati-matian untuk mencatatkan kemenangan ketiga di Stamford Bridge dalam Liga Perdana.

Usaha yang dilakukan oleh Liverpool nyata berhasil apabila Miereles menghukum kelalaian pertahanan Chelsea dan gol itu jelas memberikan tekanan buat Chelsea.

Walaupun melakukan banyak serangan berantai, Chelsea tidak berjaya membolosi gawang Liverpool dan berkesudahan dengan Liverpool menang 1-0 ke atas Chelsea.

Dengan kekalahan itu, Chelsea kini terus menghuni tangga ke-4 liga manakala Liverpool naik ke tangga enam liga.