
Torres yang diturunkan dalam kesebelasan utama dalam perlawanan menentang Liverpool dikeluarkan pada separuh masa kedua sebelum The Reds berjaya menjaringkan satu gol melalui Raul Miereles.
Bagaimanapun, penyerang Barcalona itu percaya keputusan Torres keluar daripada Liverpool dan berpindah ke Chelsea adalah satu keputusan yang tepat.
"Liverpool tidak bermain dengan baik sepanjang Torres bersama mereka. Perpindahan Torres ke Chelsea adalah tepat dan dia pasti akan berjaya bersama Chelsea," kata Villa.
Viila juga meyatakan bahawa mungkin sukar untuk Torres membuat keputusan ini. "Saya tahu dia ingin berhijrah ke sana. Dia sangat gembira".