August 3, 2011

Beckham mahu kembali ke EPL




BEKAS bintang Manchester United, David Beckham mungkin kembali ke kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.

Beckham yang beraksi bersama kelab Liga Bola Sepak Amerika (MLS) LA Galaxy bakal tamat kontrak November ini dan belum memutuskan masa hadapannya.

Bahkan, jurulatih Tottenham Hotspurs Harry Redknapp yang pernah cuba mendapatkan Beckham Januari lalu masih berminat berbuat demikian.

Bagaimanapun, mungkin sukar buat bintang sensasi itu membuat keputusan sekiranya mendapat tawaran dari kelab lain dan bukan United.

INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!