August 28, 2011

The Gunners Gusar Bedil Setan Merah


Ferguson dan Wenger memikirkan strategi terbaik untuk 
perlawanan malam ini.

Menyedari situasi permulaan sukar yang ditanggung Gunners serta kekecewaan pengurusnya, Arsene Wenger selepas kehilangan dua tonggak, Cesc Fabregas dan Samir Nasri, Manchester United mengambil pendekatan berhati-hati terhadap tindak balas lawan itu dalam pertembungan di Old Trafford, malam ini.
Juara bertahan itu memulakan saingan musim baru dengan bergaya menerusi dua kemenangan berturut-turut dan mampu menjarakkan diri kepada lapan mata andai menang malam ini, tetapi Sir Alex Ferguson enggan bersikap mudah. 

Kemenangan 2-1 di Udinese meletakkan Gunners dalam saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara dan meningkatkan semangat mereka, dan Ferguson sedar hakikat itu. 

“Mereka membalas segala kritikan Rabu lalu. Pasukannya (Wenger) bermain baik. Mereka mendapat keputusan hebat sedangkan ramai menyangka mereka akan tersingkir,” katanya. 

“Saya sudah jangka mereka akan menang. Perlawanan hari ini akan menjadi satu lagi batu loncatan buat mereka untuk mencari keputusan dikehendaki, namun kami juga dalam prestasi bagus dan tidak sabar menghadapi perlawanan itu. 
“Pertembungan Manchester United-Arsenal sentiasa tegang dan memberi kesan ketara hingga ke penamat musim. Detik ini sentiasa dinantikan.” 

Kembalinya Rio Ferdinand, Antonio Valencia, Javier Hernandez dan Darren Fletcher memberikan Ferguson lebih banyak pilihan untuk berdepan pelawat yang kehilangan Jack Wilshere dan tiga pemain yang digantung - Gervinho, Alex Song dan Emmanuel Frimpong. - AFP

INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!