April 8, 2011

Preview Perlawanan EPL Gameweek 32


Hari ni kita bermula dengan prediction perlawanan untuk gameweek

32. Minggu lepas memang mengecewakan sebab beberapa keputusan

uang tak dijangka telah berlaku. harap minggu ni team CHELSEA aku

dapat mencatat kemenangan. Go go The Blues.

INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!
ARE YOU THE 'MOST WANTED?'
MAROON 5 GRABS HTC!


Wolves-Everton
Wolves ni main dengan baik minggu lepas namun nasib kurang

menyebelahi mereka apabila menjadi santapan Newcastle. Team ni

sekarang menduduki tangga kedua tercorot liga namun mereka hanya

memerlukan satu mata untuk berada pada kedudukan yang selamat.

Prestasi di gelanggang sendiri memang meyakinkan mereka untuk

mencatat kemenangan. Mereka tau mereka harus catat kemenangan

malam ni kalau masih nak meneruskan perjuangan musim depan

dalam Liga Perdana.

Everton pula kini melonjak ke tanggan ke-7 liga. Merek harus

mencatat kemeanangan dalam perlawanan ini sekiranya mereka ingin

berada dalam kelas tersendiri untuk musim depan. Namun perlawanan

mereka di gelanggang lawan tidaklah baik yang mana mereka hanya

berjaya mencatat tiga kemenangan di gelanggang lawan. Masalah

kecederaan yang melanda mereka mungkin menjadi faktor kepada

perkara ini.

Perlawanan ini mungkin akan dimenangi oleh Wolves dengan jaringan

2-1.

Birmingham-Blackburn
Blackburn dapat keputusan seri masa lawan Arsenal minggu lepas.

Cara permainan mereka di gelanggang sendiiri masih bagus buat

masa sekarang, dan seperti pasukan lain, mereka juga ingin pastikan

mereka dapat mencatat kemenangan dalam perlawanan di tempat

sendiri. Mereka kini berada di atas Birmingham denganhanya

perbezaan jaringan sahaja dan kemangan dalam perlawanan ini akan

memberikan mereka ssdikit ruang untuk menjarakkan diri dengan

Birmingham.

Birmingham pula berjaya catat kemenangan ke atas Bolton 2-1 dalam

perlawanan minggu lepas. Seperti biasa, Ben Foster menjadi man of

the match dan mereka patut mengucapkan terima kasih kepada

penjaga gol itu. Namun, permainan mereka di gelanggang lawan amat

buruk dengan hanya mencatat dua kemenangan dalam 14 perlawanan,

dan mereka bertuah keranan berjaya mencatat lima kemenangan

daripada lapan perlawanan di gelanggang sendiri.

Blackburn dijangka menang dalam perlawanan ini dengan jaringan 2-1.

Bolton-West Ham
Bolton kini menduduki tangga kelapan liga, namun sekurangnya

mereka berjaya menmpah tiket ke separuh akhir Piala FA minggu

depan. Mereka dijangka akan bermain dengan baik dalam perlawanan

ini.

West Ham pula dilihat seolah-olah akan mencatat kemenangan dalam

perlawanan minggu lepas namun disebabkan lawan mereka ialah Setan

Merah, maka mereka tewas besar 2-4 kepada Man United. Permainan

mereka tidaklah teruk namun mereka memerlukan mata untuk

memastikan mereka tidak tersingkir untuk musim akan datang.

Keputusan dijangka seri 2-2

Chelsea-Wigan
Chelsea ni sepatutnya boleh meneruskan perjuangan untuk mengejar

kedudukan pertama liga sekiranya mereka berjaya mencatat

kemenangan ke atas Stoke minggu lepas, namun mereka hanya

mendapat keputusan seri. Lepas tewas kepada Man United dalam

Champions League, perjuangan mereka untuk musim ini dilihat

seolah-olah sudah berakhir. Mereka harus mencatat kemenangan di

Old Trafford sekiranya ingin meneruskan perjuangan dalam

Champions Leagu namun dilihat sedikit mustahil. Permainan mereka

di gelanggang sendiri masih lagi bagus untuk menentan pasukan

seperti Wigan dan akan menjadi perkara mengejutkan sekiranya

mereka kalah dalam perlawanan ini.

Wigan kini merupakan pasukan yang mencatat jaringan paling sedikit

dalam liga dan sekiranya mereka mahu kekal dalam Liga Perdana,

mereka harus menukar strategi sekarang. Mereka sekarang berada di

tangga tercorot liga namun mereka hanya memerlukan dua mata

untuk berada di zon selesa. Perkara yang mungkin merisaukan mereka

ialah hanya ada dua game saja lagi di tempat sendiri dan ini mugkin

malapetaka bagi mereka.

Perlawanan ini dijangka dimenangi oleh Chelsea dengan jaringan 2-0.

Man United-Fulham
Man U akan bermain tanpa penyerang merkea Rooney yang diban dua

perlawanan. Namun tanpa Rooney, mereka tetap sama. Mereka kini

mempunyai kelebihan dalam separuh akhir liga Juara-juara. Namun

bagi admin, permainan Man U musim ini adalah aling teruk sepanjang

memerhati corak permainan mereka.

Fulham menang mengatasi Blackpool dengan jaringan besar minggu

lepas. Kehadiran Bobby Zamora memberikan impak besar kepada

pasukan ini. Mereka dijangka memberi saingan sengit dalam

perlawanan ini namun mereka juga banyak mencatat kekalahan di

gelanggang lawan.

Perlawanan dijangka dimenangi Man U dengan jaringan 2-1.

Sunderland-West Brom
Sunderland berada di pertengahan liga selepas kalah 5-0 kepada Man

City dalam perlawanan minggu lepas. Mereka harap minggu ni dapat

buat lebih baik untuk pastikan mereka berjaya menempatkan diri

dalam kempen Europa League musim depan.

West Brom kini dilihat makin bertenaga selepas diambil alih oleh ROy

Hodgson selepas berjaya menewaskan Liverpool minggu lepas. Mereka

kini tak pernah tewas dalam enam game. Seperti pasukan lain,

permainan mereka di gelanggang lawan memang teruk dan mereka

dilihat dapat menyekat kemaraan sunderland dalam perlawanan ini..

Keputusan dijangka seri 1-1.

Tottenham-Stoke
Spurs menjadi anak ayam kepada Real MAdrid selepas tewas 4-0

dalam kempen Liga Juara-juara. Mereka tak pernah catat

kemenangan dalam empat perlawanan terakhir dan kedudukan

keempat liga dilihat sedikit sukar buat mereka. Mereka harus menang

sekurangnya enam daripada lapan perlawanan untuk pastikan mereka

berjaya ke Liga Juara-juara musim depan.

Stoke bukan main bola sepak yang sebenar namun mereka tetap juga

berjaya ikat Chelsea dalam perlawanan minggu lepas. Mereka akan

bermain untuk separuh akhir Piala FA minggu depan menentang

Bolton. Mereka mencatat 11 kekalahan dalam perlawanan di

gelanggang lawan dan mungkin akan menjadi 12 selepas perlawanan

ini

PErmainan dijangka sengit dan keputusan seri 1-1 mugkin dicatat.

Setakat ini sahaja untuk hari ini dan kita jumpa lagi esok untuk

ulasan hari ahad.