May 10, 2013

Kelantan Mahu Tambah Derita Negeri Sembilan



TIADA belas kasihan buat pasukan tercorot, Negeri Sembilan apabila melayan kunjungan Kelantan pada perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini.

Sebaliknya pengendali The Red Warriors, Bojan Hodak memberi amaran betapa rekod cemerlang pasukannya merakamkan sembilan kemenangan daripada 12 perlawanan lalu menjadi modal terbaik buat mereka menakluki gelanggang keramat skuad Jang.

“Kami berada pada landasan terbaik untuk mendaki ke tangga pertengahan liga. Saya harap momentum kemenangan ke atas Felda United tempoh hari dapat diteruskan malam ini.

“Kemenangan ke atas Negeri Sembilan amat penting kerana selepas ini kami akan buat perhitungan dengan Selangor di Kota Bharu minggu depan. Saya cukup yakin kami mampu menewaskan Negeri Sembilan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Hodak bagaimanapun akui pertemuan menentang Negeri Sembilan cukup getir memandangkan skuad kendalian jurulatih Portugal, Divaldo Alves itu pasti mahu menamatkan badi tanpa kemenangan dalam 15 perlawanan lalu sekali gus berusaha keluar daripada zon penyingkiran.

“Jika tewas, bermakna Negeri Sembilan berada dalam situasi bahaya untuk turun ke kancah Liga Perdana musim depan. Sudah pasti mereka akan bermain mati-matian dan saya tidak memandang mudah pertemuan ini,” katanya.

Menjelang pertemuan malam ini, Hodak turut lega apabila kembali mendapatkan sentuhan Mohd Norfarhan Muhammad bagi memperkuatkan jentera tengah pasukannya.

“Dickson Nwakaeme mungkin bermain untuk tempoh 45 minit sahaja, namun itu bergantung pada tahap kecergasannya. Mohd Daudsu Jamaluddin turut dibawa ke Paroi tetapi saya rasa dia mungkin berada di bangku simpanan,” katanya.

Pada masa sama, Hodak menagih sentuhan berbisa Indra Putra Mahayuddin yang menjaringkan dua gol ketika menewaskan Felda United 3-0 tempoh hari untuk bergandingan dengan Ahmad Fakri Saarani bagi merobek gawang Negeri Sembilan.-Sinar Harian


JomNiaga - RM2 PPL Setiap Pendaftaran Baru
Mesin Komisen-New*
Teknik Ninja Affiliate Jana Komisen $2,119 Cara Autopilot 
Panduan Pembenihan & Penternakan Ikan Keli 
Anak Pintar Cerdas-New*
Tips Rumahtangga Bahagia-New*
Jom Berhenti Merokok 
Teknik Mendidik Anak 
Rahsia Anak Soleh -New*
Panduan Mudah Belajar Bahasa Arab 
Aplikasi Mania - Kuasa Viral Aplikasi FB