January 14, 2011

Kuszcazk Mahu Jersi No.1

tomasz_kuszczak_manchester_unitedPenjaga gol Manchester United Tomasz Kuszczak menyatakan bahawa dia adalah calon yang paling sesuai untuk menggantikan penjaga gol sekarang, Edwin Van de Sar yang mencecah umur 40 tahun.

Van de Sar kini direhatkan akibat masalah kesihatan, dan pemegang jersi no.1 Manchester United ini masih dalam dilema sama ada ingin bersara ataupun kekal bersama kelab kesayangannya itu.

Edwin kini memberi peluang kepada Kuszczak untuk menunjukkan kebolehannya, namun penjaga gol yang berusia 28 tahun itu percaya bahawa dia memerlukan masa yang agak lama untuk menjadi penjaga gawang sehebat Vande Sar.

United kini dikaitkan dengan penjaga gol Aelesund, Andres Lindegaard dan Tomasz ingin memastikan dia akan berada dalam skuad utama Manchester United.

Tomasz memberitahu Manchester Evening News: