
Tindakan tiga pemain itu jelas menjejaskan persiapan pasukaj The Red Warriors dalam menghadapi saingan baru Liga Malaysia ditambah pula dengan pengguguran beberapa pemain seperti Hairuddin omar dan Che Hishamuddin Hassan.
Ketiga pemain itu tidak membalas surat tawaran lanjutan kontrak yang dihantar oleh KAFA di dalam tempoh yang ditetapkan sekaligus bermakna kontrak mereka akan dilanjutkan secara automatik.
Mengikut undang-undang, pemain perlu membalas surat lanjutan kontrak dalam tempoh 14 hari dan sekiranya pemain tidak menerima tawaran dalam tempoh tiga bulan sebelum tamat kontrak, mereka berhak utnuk mencari pasukan lain.