April 2, 2011

Ahmad Shabery Lega Misbun Kembali Ke Pangkuan BAM

Bernama—Keputusan Datuk Misbun Sidek untuk kembali ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan menguatkan pasukan negara terutama dalam misi memburu pingat emas pertama pada temasya Sukan Olimpik 2012.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata beliau bersyukur Misbun kembali ke arena badminton negara hari ini untuk mengakhiri kemelut yang sudah berlarutan ini.

Ini menunjukkan Misbun memilih kepentingan negara berbanding hal peribadinya, katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan ulang tahun ke-15 Institut Sukan Negara (ISN) beroperasi di Bukit Jalil semenjak 1 April 1996.Misbun, yang juga jurulatih kepada pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei hari ini bersetuju meneruskan khidmatnya dengan BAM dan badan induk itu akan menawarkan kontrak baru dalam tempoh terdekat.

Pada 31 Dis lepas, beliau menyerahkan surat perletakan jawatannya sebagai jurulatih perseorangan negara tetapi tidak memberikan sebab beliau berbuat demikian.

Dalam perkembangan lain, Ketua Pengarah ISN, Datuk Ramlan Abdul Aziz kini menerima rawatan di Hospital Serdang selepas mengadu sakit dada.