September 10, 2011

Transfer | EPL 10 September 2011 Gossip



Pasang niat bermain di kejohanan besar.

Pertahanan England dan Bolton, Gary Cahill membuka peluang kepada Tottenham, Chelsea dan Arsenal selepas membuat kenyataan dia bersedia untuk berpindah demi mencapai cita-citanya bermain dalam kancah Liga Eropah.

West Ham mungkin akan membida Wayne Bridge setelah Man City memutuskan untuk tidak meletakkan pemain itu dalam skuad utama lagi.

Arsenal mungkin akan membawa masuk penyerang PSV Eindhoven, Ola Toivonen pada Januari depan.

Man United bersedia untuk membawa dua orang pemain kebangsaan Croatia, Mateo Kovacic dan Mario Situm ke Old Trafford. Kedua-dua pemain  ini sekarang bermain bersama Dinamo Zagreb.

Everton dan Man City berputih mata setelah Luisao menandatangani kontrak baru bersama kelabnya Benfica.

Man City dilihat akan cuba membawa masuk pemain Fiorentina, Alessio Cerci pada Januari setelah Mancini menggelarkan pemain itu sebagai luar biasa.

Asenal dan Sunderland bersedia untuk bersaing bagi mendapatkan Mohammed Abdellaoue dari Hannover 96.


INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!