Mengharapkan kemenangan.
Arsenal v Swansea
Kedua-dua pasukan dilihat ingin mencari kemenangan pertama buat musim ini. Arsenal dilihat begitu sukar mengharungi liga perdana musim ini. Namun dengan pembelian beberapa orang pemain baru, mungkin Arsenal akan kembali ke prestasi sebenar mereka dan mendapat kemenangan mudah di gelanggang sendiri.
Prediction: Arsenal 4-0 Swansea
Everton v Aston Villa
Aston Villa bermula dengan baik dibawah kendalian Alex McLeish dan dengan Everton kehliangan Mikel Arteta, Aston Villa patut menang dalam perlawanan ini.
Prediction: Everton 0-2 Aston Villa
Man City v Wigan
Man City berada dalam keadaan amat baik ditambah pula dengan prestasi Edin Dzeko yang amat cemerlang semasa menumpaskan Tottenham dua minggu lepas. Namun dalam skuad Man City, barisan pertahanan mereka sukar untuk cuba mempertahankan gol daripada dibolosi lawan.
Prediction: Man City 5-1 Wigan
Stoke v Liverpool
Secara jujurnya Liverpool kini boleh dikatakan cemerlang selepas pembelian Luiz Suarez. Namun perlawanan menentang Stoke bukanlah satu tugas yang mudah. Perlawanan ini mungkin akan menjadi satu perlawaan yang membosankan.
Prediction: Stoke 0-0 Liverpool
Sunderland v Chelsea
Chelsea dilihat kurang menyengat dalam saingan liga musim ini. Namun Chelsea mungkin akan bergelar juara liga sekiranya mereka mengekalkan momentum kemenangan yang diperolehi. Jaringan besar bukan penentu kepada kejayaan sesebuah pasukan. Dengan kemasukan Juan Mata dan Lukaku, Chelsea mungkin akan mencatat kemenangan dalam perlawanan malam ini.
Prediction: Sunderland 0-2 Chelsea
Wolves v Spurs
Wolves bermula dengan cemerlang dalam saingan liga perdana musim ini. Namun lawan mereka bukannya mudah. Luka Modric pasti akan menjadi key player dalam perlawanan malam ini.
Prediction: Wolves 1-0 Spurs
INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!

