Hamsani, wira Felda, foto : nst |
Dikejutkan Felda United : Kelantan mungkin menguasai sebahagian besar perlawanan, malah statistik perlawanan juga pastinya menunjukkan betapa ‘garang’nya barisan depan skuad juara bertahan itu mengasak gawang kawalan bekas penjaga gol kebangsaan, Hamsani Ahmad dengan melancarkan serangan bertali arus - hampir dua dozen percubaan, namun sayangnya tiada satupun daripada percubaan Norshahrul Idlan Talaha, Nurul Azwan Roya, Azamudin Akil atau Badri Razi mampu menembusi gawang yang dikawal begitu cemerlang Hamsani.
Berbeza buat Felda United, mereka hanya beroleh 4 peluang mencipta gol, dan dua daripadanya singgah di dalam gawang kawalan Shahrizan Ismail - kesimpulan mudah Jurulatih Felda United, E.Elavarasan, tiada guna cipta banyak peluang jika tidak dapat menjaringkan gol.
“memang satu keputusan yang mengejutkan, honestly saya tak sangka kita mampu tewaskan Kelantan 2-0, bezanya team saya dengan Kelantan malam ini, kita dapat peluang walaupun satu, dua peluang, kita skor, kita manfaatkan, Kelantan pula u boleh tengok second half begitu banyak peluang mereka, tapi satupun tak masuk, kalau dia skor satu mungkin keputusan berbeza, kita bernasib baik untuk menang..”.
Ela, di puncak kayangan |
“dan terima kasih kepada Hamsani (Ahmad), sebagai pemain berpengalaman dia mainkan peranan dengan cukup cemerlang, dia cukup menakjubkan hari ini, dibantu Khaironisam (Sahabudin), mereka bertindak sebagai watak penting malam ini, tapi selagi belum dapat tiket ke suku akhir, saya tak boleh kata Felda dah selesa, perjalanan masih jauh, kemenangan ini cukup penting, tapi game akan datang sebenarnya lagi penting, lepas tu baru kita akan nampak bayangan, sekarang belum lagi..”. – E.Elavarasan.
Dengan kemenangan ini, Felda menyertai Kuala Lumpur dan Sabah selaku SURPRISE PACKAGE saingan peringkat awal Piala Malaysia dengan muncul pendahulu tidak diduga kumpulan masing-masing, dan bersama-sama Negeri Sembilan sebagai pasukan yang mengekalkan rekod kemenangan 100% dengan mengutip 9 mata maksimum dari 3 perlawanan.
Kekalahan buat Kelantan, yang pasti mendedahkan betapa mereka sebenarnya sukar untuk beraksi di atas padang becak – dua kali bergelut mencari rentak permainan termasuk menentang Johor FC tempoh hari di Kota Bharu - gara-gara permainan SHORT PASSING yang diterapkan Datuk M.Karathu, dan beliau sendiri mengakui kelemahan tersebut namun berpendapat kekalahan pada Rabu lebih disebabkan permainan negatif dipamerkan pasukan tuan rumah.
“memang pitch problem, becak susah untuk kita pass bola, kita dah biasa main short-passing game, padang ada air, becak so memang suddenly nak tukar approach sedikit susah, water-log pitch, padang basah dan dan padang becak adalah berbeza..”.
Karathu, yakin bangkit - foto : mazram-iv |
“kalau u tengok dia main defend, 8-1-1, dia panggil semua player turun bila dah leading satu gol, full game we dominate, cuma finishing tak sharp, lagipun mereka skor satu mistake centreback kita (Subra), wrong passing, dan satu lagi counter attack, kita seperti biasa fighting hard, but they put everybody defend, dapat bola buang, dalam second half, kita main 40 minit on their half, created numerous chances, tapi nasib mereka baik 1 pun tak masuk, we play attacking game, kalau skor 1 maybe we can come back, tapi inilah bolasepak..”. – Datuk M.Karathu.
Apapun, Karathu berkata kekalahan kepada Felda bukanlah sesuatu yang dikhuatiri menghadirkan tekanan kepada pasukan dan menjejaskan moral pemain, sebaliknya sekadar satu ALERT/PERINGATAN kepada The Red Warriors agar tidak leka dengan status pasukan pilihan.
Beliau yakin Kelantan akan bangkit memenangi kesemua baki 3 perlawanan selepas ini.
INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!