
Torres melengkapkan perpindahan dari Liverpool ke Chelsea pada petang Isnin dengan yurang perpindahan yang tidak dinyatakan. Beliau akan dapat beraksi dalam perlawanan menentang Liverpool ahad ini.
Bercakap di Stamford Bridge selepas selesai menandatangani kontrak, Torres berkata " Saya begitu gembira dengan perpindahan ini dan saya akan cuba sedaya upaya untuk membantu pasukan baru saya untuk musim ini dan beberapa musim yang akan datang".
"Saya telah bermain dengan Chelsea beberapa kali (semasa menyertai Liverpool) semenjak menjejakkan kaki ke England, dan saya tidak akan melupakan beberapa perlawanan besar. Saya tahu Chelsea mempunyai beberapa pemain yang hebat dan saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan saya mendapat tempat dalam skuad. Saya harap dapat menjaringkan beberapa gol penting untuk menceriakan peminat setia The Blues".
Torres berhijrah ke England semasa berusia 23 tahun selepas mencari pengalaman di Atletico Madrid selama 12 tahun.
Selepas kembali dari Piala Dunia, sebelum menyertai The Blues, Torres berjaya membuat 26 penampilan bersama Liverpool, menjaringkan 11 gol termasuk dua gol ketika menentang Chelsea di Anfield pada November.