
Pengendali dari Portugal itu kini terlibat dengan persengketaan dengan pengarah kelab itu, Jorge Valdano selain tidak pernah menyembunyikan keinginannya untuk kembali ke EPL sejak meninggalkan Chelsea pada 2007.
"Cukup penting buat saya dan keluarga saya untuk berasa gembira dan saya cintakan bola sepak England dan keluarga saya sukakan England.
"Saya selalu menegaskan saya akan kembali suatu hari nanti dan perkara itu mungkin terjadi lebih awal daripada jangkaan saya," katanya.
Mourinho menyertai Real Madrid musim panas lalu selepas cemerlang membantu Inter Milan meraih tiga kejuaraan.
Beliau tidak terkejut kariernya berakhir di Stamford Bridge.
"Saya sedar dengan personaliti Roman Abramovich dan budaya orang yang berada disekelilingnya.
"Saya sedar jawatan itu tidak akan berkekalan sehingga 10 tahun. Peranan saya ialah memberikan apa yang lelaki (Abramovich) mahukan iaitu kejayaan.
"Cepat atau lambat, masa untuk saya pergi akan tiba kerana terlalu banyak perkara yang berlaku di sekeliling saya," jelasnya.