January 31, 2011

Undian Piala FA England Pusingan Kelima

FA_Cup_EnglandUndian Pusingan Kelima FA CUp England yang ditaja oleh E.ON telah dibuat di Wembley Stadium dan menyaksikan Manchester United dipertemukan dengan kelab dari Liga Conference Crawley Town.


Crawley yang baru sahaja menerima anugerah Ronnie Radford telah mengejutkan pasukan yang berada dalam Liga Championship, Derby County, namun dijangka mustahil untuk mencatat kemenangan di Old Trafford.

Selain itu, satu lagi pasukan dari Liga Perdana, Arsenal akan berhadapan dengan pasukan dari Liga Divisyen 1 Leyton Orient sementara itu West Ham pula diundi bersama Burnley.

1 West Ham United v Burnley
2 Notts County or Manchester City v Aston Villa
3 Stoke City v Brighton & Hove Albion
4 Birmingham City v Sheffield Wednesday
5 Leyton Orient v Arsenal
6 Everton or Chelsea v Reading
7 Manchester United v Crawley Town
8 Fulham or Tottenham Hotspur v Bolton Wanderers or Wigan Athletic