February 1, 2011

Preview Perlawanan EPL 1 Feb 2011

Arsenal V Everton
Arsenal kini melonjak ke tangga ke-2 liga di belakang pendahulu, Man United. Mereka berada dalam posisi baik dalam liga.

Namun berita buruk yang harus diterima Arsenal ialah, mereka kehilangan Nasri kerana kecederaan hamstring. Namun begitu dengan adanya Fabregas dan Persie mereka pasti akan menjadi pasukan yang tetap digeruni lawan dalam liga.

Everton pula boleh dikatakan pasukan yang tidak berapa konsisten sepanjang musim ini berlangsung. Namun begitu, pencapaian mereka tetap boleh dibanggakan apabila hanya mencatat tiga kekalahan dalam 12 perlawanan di tempat lawan setakat ini, namun mereka hanya menang dua kali daripada perlawanan itu. Mereka pasti gembira sekiranya berjaya mencatat keputusan seri dalam perlawanan malam ini, namun agak sukar bagi pertahanan mereka bekerja untuk itu.

Arsenal dijangka akan terus memberikan tekanan kepada Man United dengan mencatat kemenangan ke atas Everton malam ini.

Sunderland v Chelsea
Sunderland mempunyai rekod yang cemerlang beraksi di gelanggang sendiri dengan hanya mencatat satu kekalahan daripada 12 perlawanan hadapan penyokong sendiri. Mereka kini hanya satu mata di belakang Spurs dan empat mata di belakang Chelsea.. Perlawanan malam ini tidak mudah buat mereka namun mereka sudah pernah menewaskan Chelsea sekali pada musim ini.

Chelsea hanya mencatat empat kemenangan dalam 12 perlawanan di tempat lawan setakat ini dan mereka harus berusaha untuk kembali dalam persaingan juara. Dalam perlawanan terakhir, Drogba memberi tanda bahawa dia sudah kembali cergas selepas diserang malaria.

Perlawanan dijangka menarik dan mungkin keputusan seri akan berjaya dicatat.

Man UNited v Aston Villa
Man UNited mempunyau rekod yang begitu fantastik setakat ini. Mereka berjaya mencatat 11 kemenangan dalam 12 perlawanan di gelanggang sendiri dan menjaringkan 34 gol sepanjang proses itu.

Aston Villa kini harus mencatat kemenangan bagi memastikan mereka dapat keluar dari zon penyingkiran dan mereka kini perlu melonjak keluar dari menduduki tangga bawah liga. Musim ini amat mencabar buat mereka dan mereka kini harus pertahankan kedudukan dala Premier League. Mereka telah mencatat tujuh kekalahan dalam 12 perlawanan di gelanggang lawan.

Perlawanan dijangka dikuasai Man UNited dan tidak mustahil sekiranya Man United yang menang dalam perlawanan ini.

West Brom v Wigan
West Brom kini menduduki tangga di luar zon penyingkiran, tapi mereka kini berusaha untuk menepatkan diri dalam kedudukan yang lebih baik dalam liga dengan cuba memenangi perlawanan malam ini. Pertahanan mereka boleh dikatakan amat teruk walaupun mereka mempunyai penyerang yang bagus.

Wigan merupakan satu pasukan yang berada dalam zon bahaya. Mereka cuba bermain dengan baik dalam setiap perlawanan namun, mereka tidak berjaya mencatat keputusan yang diharapkan. Kemenangan malam ini pasti akan mengeluarkan mereka dari zon penyingkiran. Mereka harus memulakan kempen kemenangan secepat mungkin.

Mungkin West Brom mempunyai pengalaman yang cukup untuk menewaskan Wigan malam ini.