May 4, 2013

Piya Mahu Sumbang Lebih Banyak "Gol Ajaib"


Kebanyakan dalam bola sepak mahukan pakar dalam sepakan percuma, ia jauh berbeza dengan kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi (Piya), yang mana dia berharap dapat menjadi pakar tendangan sudut.

Hal ini timbul apabila Piya menjaringkan gol diluar jangkaan menerusi sepakan penjuru yang terus menjunam ke gawang Ayeyawady United dalam perlawanan Piala AFC di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV Selasa lepas.

Menurut Sports247, Piya berkata ia adalah gol yang paling cantik pernah disumbangkan olehnya sepanjang kariernya dan ia menjadi lebih istimewa apabila berjaya menjaringkan gol itu dalam perlawanan antarabangsa.



Dia juga memberitahu pernah menjaringkan gol sebegitu beberapa tahun lepas ketika menentang Perlis, namun tidak pernah menjangka akan melakukannya sekali lagi pada tahun ini.

"Saya cuba untuk menjaringkan gol melalui sepakan penjuru, namun gol ini adalah yang teristimewa kerana gol ajaib ini berlaku dalam perlawanan Piala AFC.

"Bagi saya ianya tidak mustahil untuk membuat jaringan seperti itu dalam perlawanan bolasepak, namun saya akui masih perlu berlatih dengan banyak," kata Kapten The Red Warriors itu.