September 7, 2012

Butler Mahu Kekal Jadi Jurulatih Terengganu



Peter Butler mendedahkan dia tiada rancangan untuk meninggalkan pasukan yang dilatih sekarang dan meramalkan masa depan yang cerah untuk Sang Penyu dibawah bimbingannya.

Peter James Butler, jurulatih Terengganu yakin pasukannya akan menjadi lebih baik musim depan walaupun terdapat kontreversi yang melibatkan beberapa orang pemainnya.

Pengurus berbangsa Inggeris itu sebelum ini menjadi pengurus kepada pasukan Kelantan, telah membuat perancangan untuk membantu pemain muda bersama skuad Penyu supaya mereka boleh menjadi satu pasukan yang kompetitif pada masa hadapan.

"Saya gembira di sini namun sedikit terkilan  ( akibat masalah yang melanda pasukan ) kerana saya belum pernah menghadapi semua ini sepanjang karier sebagai jurulatih dan pemain," katanya ketika ditanya pemberita di Kuala Terengganu semalam.

"Namun saya telah mendapat kepercayaan pihak pengurusan dan saya merancang untuk memantapkan pasukan pada musim hadapan."

Terengganu menamatkan kempen Piala Malaysia di pusingan awal setelah mereka tewas kepada ATM 2-0 di gelanggang sendiri.