July 15, 2012

Rangkuman Liga Super 2011/12

Kelantan menjulang trofi Liga
Super dengan penuh bergaya
selepas menewaskan Sarawak
3-1 di Stadium Sultan
Muhammad IV, Kota Bharu,
malam tadi.
Kekalahan itu cukup pedih
buat Sarawak yang kekal di
tangga ke-11, sekali gus
terpaksa berdepan naib juara
Liga Perdana, Pahang pada
aksi playoff di Stadium Hang
Jebat, Melaka, Selasa ini. Gol-
gol Kelantan dijaringkan
Badhri Radzi minit ke-61 dan
Norfarhan Mohamad (65 & 67)
manakala gol tunggal
Sarawak dijaringkan Hairol
Mokhtar (69).
Di Stadium Likas, Kota
Kinabalu, Sabah menewaskan
Negeri Sembilan 3-1, namun
kemenangan itu tidak
mengubah kedudukan mereka
di tangga ke-13 untuk bertemu
pasukan tangga ke-12, Kedah
pada aksi playoff di Stadium
Hang Tuah, Melaka, Selasa ini.
Gol Sabah dijaringkan Hendrik
Helmke (27), Shahrudin Yakub
(76) dan Bobby Gonzales (90)
manakala gol tunggal pelawat
menerusi Jean Emmanuel Effa
Owona (41).
Di Stadium Darulaman, Alor
Setar, Kedah tewas 1-2
kepada FELDA United
menerusi gol Mickael Antoine
Curier (29) dan Yong Kuong
Yong (36) tetapi dibalas tuan
rumah menerusi Khyril
Muhymeen Zambri (62).
Di Stadium Ipoh, Perak
mengesahkan kedudukan
tangga keempat selepas
membelasah, Kuala Lumpur
5-2.
Di Stadium Sultan Ismail
Nasiruddin Shah, Kuala
Terengganu, Terengganu
menewaskan pasukan tangga
ketiga, Selangor 3-0 hasil
jaringan Francis Forkey Doe (8
& 41) dan Ahmad Nordin Alias
(48).
Di Stadium Jalan Besar,
Singapura, naib juara, Lions XII
tewas 0-1 kepada Johor FC
menerusi jaringan tunggal
Shahrizal Saad (27).
Di Stadium Tuanku Abdul
Rahman, Paroi, PKNS FC yang
bertindak sebagai tuan rumah
menewaskan T-Team 2-1,
jaringan Azrif Nasrulhaq
Badrul (2) dan Fazli Baharudin
(19). Gol T-Team oleh Fadzli
Saari (58).