September 10, 2012

THE RED WARRIORS LEMAH TANPA PEMAIN IMPORT?



Kelantan bakal menentang wakil Iraq, SC Arbil dalam perlawanan suku akhir Piala AFC tanpa khidmat tiga pemain import

Kelantan tidak dapat menurunkan dua pemain import mereka dalam perlawanan suku akhir Piala AFC menentang SC Arbil setelah gagal mendapatkan International Transfer Certificate (ITC) untuk mereka.

Keita Mandjou, Mijo Dadic dan Obinna Nwaneri (digantung) tidak dapat diturunkan dalam perlawanan penting itu.

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata perkara sedemikian berlaku kerana aturan perpindahan pemain dalam Undang-undang FAM tidak selaras dengan kondisi AFC (Asian Football Confederation).

Walau bagaimanapun Tan Sri Annuar Musa tidak menyalahkan FAM diatas Transfer Matching System (TMF) yang dibuka sebelum Kelantan layak ke suku akhir.

The Red Warriors yang menewaskan jiran tetangga, Terengganu pada perlawanan pusingan sebelum ini bakal berhadapan juara dari Iraq pada 18 September sebelum menjadi tuan rumah di Kota Bharu seminggu kemudian.