September 11, 2012

Preview Malaysia vs Vitenam



Kali terakhir kedua-dua pasukan ini bertemu berkesudahan dengan Malaysia menang 2-0 dalam perlawanan AFF Suzuki Cup 2010.

Ketua jurulatih Malaysia, K. Rajagopal akan menggunakan perlawanan ini sebagai persediaan untuk menghadapi AFF Suzuki Cup yang akan datang. Disamping beberapa nama yang dikenali, Malaysia bakal menurunkan penyerang ATM, Zaquan Adha selepas sekian lama tidak bersama skuad kebangsaan.

Farizal Marlias juga bakal diuji dalam perlawanan ini setelah menunjukkan prestasi yang cemerlang ketika perlawanan menentang Arsenal pada Julai lepas. Perlawanan persahabatan ini juga menjadi platform buat pemain muda seperti Wan Zack dan Gary Robart untuk menunjukkan kebolehan mereka bagi mendapat tempat dalam skuad senior.

Vietnam pula baru melantik bekas pemain kebangsaan mereka, Phan Thanh Hung sebagai ketua jurulatih.