May 12, 2012

Preveiw PKNS FC vs Kelantan FA



The Red Warriors telah menunjukkan mutu bola sepak yang sebenar apabila mencipta kemenangan demi kemenangan. Selepas berjaya menewaskan pendahulu Liga Super, Lions XII pada minggu lepas, Kelantan meneruskan aura kemenangan dengan menewaskan Ayeyawady dari Myanmar dengan jaringan 1-0 pada perlawanan terakhir Piala AFC peringkat kumpulan. Perlawanan yang berlangsung di Kota Bharu itu menyaksikan gol tunggal dijaringkan oleh Nwoha Onyekachi.




Norshahrul Idlan Talaha yang berganding dengan S. Chanturu yang berada di bahagian serangan tampak begitu serasi ketika menentang Lions minggu lepas. Penyerang Mohammad Ghaddar mungkin akan berada di bangku simpanan untuk perlawanan malam ini, dan akan diturunkan sekiranya khidmat beliau diperlukan.


Midfielder veteran, Indra Putra Mahayuddin juga turut akan direhatkan dalam perlawanan menentang PKNS malam ini. Manakala Norfarhan Muhammad akan berganding dengan Nurul Azwan Roya untuk membantu Norshahrul Idlan Talahan dan S. Chanturu memburu gol.


PKNS pula masih lagi merasa kepahitan di atas kekalahan 3-2 kepada Johor FC pada Selasa lepas. Jadi mereka berharap dapat mengubati kekecewaan itu dengan keputusan yang positif dalam perlwanan menentang gergasi bola sepak Malaysia malam ini.


Sebelum ini, PKNS juga turut menjadi pasukan belasahan ketika menentang Lions XII di Stadium Jalan Besar.