February 22, 2012

Ulasan Abg Osman ttg Malaysia ketika menentang Jepun


Artikel kiriman peminat...


Terlebih dahulu tahniah Malaysia sebab berjaya menamatkan perlawanan selama 93 minit menentang Samurai..Bagi Abg Osman, Malaysia harus diberi pujian sebab menunjukkan semangat juang yang sangat tinggi untuk membunuh samurai yang garang...Walaupun kita tahu bahawa kita tidak mampu, namun kita tetap berusaha sampai ke minit ke-93 walaupun kita dibelasah 4-0..

Tapi apa yang Abg Osman nampak, sepanjang perlawanan bola banyak dikawal oleh pasukan Jepun.. Walaupun dalam tv tunjuk ball position Jepun 58%-42% Malaysia, namun bagi Abg Osman, angka yang sepatutnya diletak adalah Jepun 90% dan Malaysia 10%.. Bukan niat Abg Osman untuk mengutuk negara sendiri, tapi itulah hakikat yang nyata lagi benar..

Dari segi corak permainan, memang kita tidak harus terikut-ikut dengan corak permainan Jepun yang cepat.. Abg Osman puji sebab kita memang tidak terikut dengan permainan diorang.. Tapi bagi Abg Osman, taktikal yang kita guna adalah salah.. Kita tidak harus bermain corak hantaran jauh kerana kita tahu pemain2 Jepun amat pantas dalam marking player Malaysia.. Jadi bagi Abg Osman, kita seharusnya bermain dengan corak hantaran yang pendek namun dalam tempo yang perlahan.. Biar Jepun yang terikut dengan corak permainan kita kerana mereka akan merasa kekok untuk bermain dengan perlahan...

Dari segi confident level, mmg Abg Osman perasan sgt bahawa Malaysia tidak mempunyai keyakinan yang tinggi dalam perlawanan sebentar tadi.. Dalam setiap pergerakan seperti derrible, rampasan bola, pertahanan dan attack, Malaysia dilihat hilang keyakinan untuk membuat satu pergerakan yang kemas.. Abg Osman tidak menyalahkan player kita kerana mungkin kita turun sebagai pasukan underdog untuk menentang gergasi bola sepak Asia..

Serangan Jepun selalu datang dari tengah kemudian dilancarkan ke arah sayap kiri dan kanan.. Kenapa??? Kerana pertahanan kiri dan kanan kita selalu masuk ke pertahanan tengah setiap kali Jepun melancarkan serangan.. Bila kedua-dua pertahanan kiri dan kanan masuk ke tengah, secara automatik ia membuka ruang kepada pemain sayap Jepun untuk lebih bebas dan pada masa itulah playmaker Jepun mula passing bola kepada sayap mereka untuk membuat hantaran lintang...

Walau bagaimamapun, Abg Osman ucapkan syabas dan tahniah buat Malaysia kerana berjaya meneruskan cabaran dalam kelayakan Olimpik walaupun kita kalah dalam semua perlawanan... Kita masih dalam proses belajar dan tidak ada sebab untuk kita perlu malu di atas kekalahan ini..

#SELAMANYA HARIMAU MALAYA



Oleh: Abang Osman Kutuk Sukan