February 21, 2012

Trio Reds Tunjuk Belang


LIVERPOOL – Gandingan tiga bintang utama, Steven Gerrard, Luis Suarez dan Andy Carroll membantu Liverpool membelasah kelab bawahan, Brighton 6-1 pada pusingan kelima Piala FA kelmarin.

Bagi pengurus Liverpool, Kenny Dalglish, gandingan tersebut cukup memuaskan hatinya sejak Suarez dan Carroll tiba di Anfield pada Januari tahun lalu.

Ketiga-tiga pemain ini gagal digandingkan bersama sejak dari awal musim sebelum ini kerana kerap berdepan masalah kecederaan atau penggantungan.

Namun kelmarin, trio bintang ini disenaraikan dalam ke- sebelasan utama skuad The Reds untuk merobek benteng Brighton, sekali gus mempamerkan prolifik mereka di atas padang apabila digandingkan bersama.

“Ada yang berkata mereka pernah digandingkan selama 69 minit sebelum ini.

“Tetapi sebenarnya, lagi lama mereka beraksi, lagi banyak gol yang boleh dijaringkan.

“Namun, saya tidak melihat kepada sumbangan tiga pemain ini sahaja kerana pasukan ini ada ramai lagi pemain yang boleh diharapkan,” kata Dalglish.

Perkembangan terbaharu ini ternyata melegakannya, terutama menjelang final Piala Liga menentang Cardiff City di Stadium Wembley pada penghujung minggu ini.

Sementara itu, pada aksi suku akhir Piala FA nanti, Liver- pool akan menentang Stoke City. – AFP