February 17, 2012

Tottenham Hormat Anak Ayam


MANCHESTER, England - Tottenham Hotspur berazam untuk meneruskan kecemerlangan Harry Redknapp pada pertemuan menentang Stevenage di pusingan kelima Piala FA, Ahad ini.


Ini kerana, selepas Manchester City dan Manchester United tersingkir awal, peluang Tottenham untuk menjulang trofi Piala FA buat julung-julung kali sejak 1991 kembali cerah.


Tottenham akan berkunjung ke kelab Liga Satu (Divisyen Tiga) yang mara ke pusingan kelima kejohanan ini buat kali pertama dalam sejarah pasukan itu.


Perlawanan ini dianggap penting, terutamanya bagi para penyokong Tottenham yang berharap Redknapp akan kekal bersama kelab itu dan bukannya menggalas jawatan pengurus England.


Skuad kendalian Redknapp beraksi cemerlang apabila membelasah Newcastle United 5-0 pada aksi Liga Perdana England penghujung minggu lalu.


Tottenham yang menduduki tangga ketiga liga berazam untuk merehatkan beberapa pemain berstatus bintang sebagai persiapan untuk menghadapi perlawanan penting menentang Arsenal minggu depan.


Bagaimanapun, Tottenham tidak mahu memandang rendah kemampuan Stevenage.


Ketua Eksekutif Stevenage, Bob Makin berkata: "Satu perasaan yang begitu menakjubkan. Suasana kami (menjelang perte- muan dengan Spurs) sangat baik."


Kini, para penyokong Stevenage tidak mahu melepaskan peluang bagi menyaksikan pasukan mereka menewaskan salah sebuah kelab besar England selain tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama pasukan tersebut.


Spurs dijangka akan menurunkan barisan pemain simpanan sebagai langkah untuk merehatkan tonggak utamanya bagi menghadapi lapan perlawanan liga, berazam untuk memberikan aksi yang terbaik ketika menentang Stevenage. - Reuters