February 17, 2012

Hanya Satu Johor- Tunku Mahkota Johor



TIGA kelab bola sepak negeri Johor yang beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M) musim ini mungkin berkubur selepas Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) mencadangkan agar hanya satu pasukan sahaja yang beraksi mewakili negeri berke- naan musim hadapan.


Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang secara rasmi dilantik se- bagai presiden dalam Kongres Luar Biasa PBNJ semalam berkata, cadangan itu diusulkan sebagai usaha mengembalikan zaman kegemilangan bola sepak Johor seperti era 90-an.


Melalui cadangan itu katanya, PBNJ dapat memberi tumpuan penuh untuk mendapat- kan pemain terbaik bagi memperkukuhkan pasukan Jengking.


“Kita masih berbincang mengenai perkara ini memandangkan musim ini sudah sepa- ruh jalan dan mereka masih mempunyai kontrak bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).


“Namun, lebih baik jika kita dapat fokus pada satu pasukan sahaja dan pemain terbaik dapat mewakili negeri. Ini akan memberi kelebihan dari segi kualiti pemain dan juga tajaan,” katanya pada sidang akhbar di Johor Bahru semalam.


Untuk rekod, selain skuad negeri Johor, negeri berkenaan turut memiliki tiga kelab bola sepak yang beraksi dalam Liga M iaitu Johor FC yang beraksi dalam Liga Super serta Majlis Bandaraya Johor Bahru (MB- JB) dan Majlis Perbandaran Muar (MP Muar).


Selain itu katanya, pemain-pemain Johor yang beraksi bersama negeri lain juga di- alu-alukan untuk kembali menyarung jersi Jengking musim depan.


Sementara itu, Tunku Ismail menjelas- kan, antara misi utamanya sebagai Presiden PBNJ adalah untuk memastikan pasukan Johor dapat menjuarai Liga Perdana musim ini dan beraksi dalam Liga Super musim depan.


Pada masa sama, beliau juga berhasrat untuk memperbaiki semula struktur organi- sasi PBNJ selain ingin menghapuskan amalan berpolitik dalam persatuan.


“Saya tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana individu dalam persatuan ini yang terlibat dengan amalan rasuah dan penyalahgunaan dadah.


“Saya dukacita apabila ada pemain di dalam pasukan MBJB dan MP Muar terlibat dengan gejala rasuah,” tegasnya.


Dalam perkembangan lain, Tunku Ismail menjelaskan, legenda bola sepak Argentina, Gabriel Batistuta dijangka tiba pada 17 Mac ini bagi membantu Johor dari beberapa aspek termasuk khidmat nasihat mengenai pengambilan pemain import.