February 5, 2012

Keputusan Liga Perdana Inggeris Sabtu


Arsenal 7-1 Blackburn Rovers
Robin Van Persie menjaringkan hat-trick dan Oxlade- Chamberlain menunjukkan kematangannya apabila menjaringkan dua gol ketika Arsenal mencatat kemenangan 7-1 ke atas Blackburn Rovers dalam perlawanan yang berlangsung di Emirates Stadium.


Van Persie membuka jaringan ketika berlawanan baru memasuki saat ke-79, manakala Gamst Pedersen menjaringkan gol penyamaan melalui satu sepakan percuma. Van Persie dan Chamberlain meletakkan keputusan 3-1 pada separuh masa pertama.


Van Persie dan Chamberlain menambah derita pasukan pelawat pada separuh masa kedua dan Thiery Henry yang masuk pada babak kedua turut mencatat nama sebagai penjaring untuk kemenangan mutlak Arsenal 7-1 ke atas Blackburn Rovers.


Queens Park Rangers 1-2 Wolverhampton Wanderes
Kevin Doyle menjaringkan gol kemenangan untuk memastikan mereka dapat keluar dari zon penyingkiran.


Bobby Zamora meletakkan QPR di depan pada minit ke-16 apabila mendapat hantaran belakang dari Wright-Philips, namun mereka terpaksa bermain dengan 10 orang apabila Djibril Cisse dilayangkan kad merah.


Matt Jarvis menjaringkan gol penyamaan pada separuh masa kedua sebelum Doyle yang dimasukkan sebagai pemain gantian menjaringkan gol kemenangan yang pertama Wolves sejak Disember.


Norwich City 2-0 Bolton Wanderes
Dua gol yang dijaringkan dalam 20 minit terakhir perlawanan meletakkan Norwich mencatat kemenangan kelima digelanggang sendiri pada musim ini.


Norwich terlepas banyak peluang keemasan sebelum Andrew Surman meletakkan mereka 1-0 dihadapan.


Anthony Pilkington menambah jaringan lima minit sebelum wisel penamat dan keputusan itu meletakkan Bolton turun ke zon penyingkiran.


Stoke City 0-1 Sunderland
James McClean menjaringkan gol kemenangan buat Sunderland meneruskan rentak cemerlang di bawah kendalian Martin O'Neill.


Pertahanan Stoke, Robert Huth dibuang padang pada separuh masa pertama dalam perlawanan yang dipenuhi salji di atas padang.


McClean berjaya melepasi penjaga gol Stoke, Thomas Sorensen selepas mendapat hantaran cantik dari Stephane Sessegnon untuk memastikan mereka mencatat tiga kemenangan berturut-turut.


West Bromwich Albion 1-2 Swansea City
Danny Graham mencatat nama sebagai penyelamat dalam perlawanan yang penuh dramatik di Hawtorns Stadium.


West Brom mendahului pelawat pada minit kesembilan hasil jaringan Marc-Antoine.


Namun Swansea menunjukkan corak permainan yang impressive dan berjaya mendapatkan gol penyamaan melalui Gylfi Sigurdsson sebelum Graham meledak masuk untuk memastikan Swansea pulang dengan tiga mata berharga.


Wigan Athletic 1-1 Everton
Victor Anichebe menjaringkan gol penyamaan untuk memberikan satu mata buat Everton.


Pelawat terpaksa menelan kepahitan apabila Phil Neville menjaringkan gol sendiri.


Namun Anichebe memastikan pasukannya tidak pulang hampa apabila menjaringkan gol penyamaan ketika perlawanan berbaki tujuh minit.


Manchester City 3-0 Fulham
Manchester City menewaskan Fulham untuk mengekalkan rekod 100% kemenangan di gelanggang sendiri dan kekal di puncak liga.


Sergio Aguero menjaringkan gol melalui tendangan penalti apabila Adam Johnson dijatuhkan dalam kawasan kotak dan jaringan sendiri Chris Baird meletakkan tuan rumah selesa dengan jaringan 2-0.


Edin Dzeko melaksanakan tugas dengan baik apabila menerima hantaran Aguero untuk mencatat kemenangan ke-12 di gelanggang sendiri.