February 5, 2012

Keputusan La Liga Sepanyol


Real Madrid mengekalkan tujuh mata dihadapan selepas anak buah Jose Mourinho menewaskan Getafe dan Barcelona terus mengejar apabila mencatat kemenangan ke atas Real Sociedad.


Jaringan Sergio Ramos pada separuh masa pertama sudah cukup untuk mengekalkan Real Madrid di tangga teratas liga apabila menewaskan Getafe 1-0 di gelanggang lawan.


Penyandang juara, Barcelona masih lagi mengejar kedudukan pendahulu apabila mencatat kemenangan 2-1 ke atas Real Soceidad di Nou Camp.


Cristian Tello menjaringkan gol pertama Barca ketika perlawanan baru memasuki minit kesembilan sebelum Messi mencatat nama sebagai penjaring pada minit ke-72. Carlos Vela yang dibawa masuk sebagai pemain gantian Sociedad menjaringkan gol saguhati ketika perlawanan berbaki dua minit.


Saingan untuk tempat keempat berterusan apabila Levante yang kini menduduki tanggaa ke-4 liga hanya mencatat keputusan seri 1-1 di gelanggang sendiri kepada Racing Santander.


Arouna Kone meletakkan Levante di depan pada separuh masa pertama namun Santander menjaringkan gol penyamaan pada separuh masa kedua.


Athletic Bilabao dan Espanyol kini menduduki tangga kelima dan keenam liga dan berharap dapat melayakkan diri ke Liga Juara-Juara apabila mencatat keputusan seri 3-3 di San Mames.


Oscar de Marcos memberikan Bilbao mendahului pada minit ke-28, namun Espanyol bangkit untuk mencatat gol pada separuh masa kedua melalui Romaric dan Vladimir Weiss.


Bilbao kembali bangkit untuk menyamakan kedudukan melalui Fernando Llorente dan Javi Martines untuk kedudukan 3-2. Namun Juan Albin menjadi wira apabila meledak gol penyamaan buat Espanyol.


Real Mallorca menjarakkan diri mereka daripada zon penyingkiran selepas menang tipis 1-0 ke atas Real Betis di gelanggang sendiri yang menyaksikan tiga kad merah dilayangkan.


Gonzalo Castro meledak gol buat Mallorca pada minit ke-24. Tiga kad merah dilayangkan iaitu satu kepada pemain Betis, Mario dan dua kepada pemain Mallorca, Ivan Ramus dan Victory.