January 25, 2012

Video Preview Piala Carling: Liverpool vs Manchester City [Live Streaming]


Manchester City akan turun tanpa kelibat penyerang sensasi, Mario Balotelli untuk perlawanan separuh akhir kedua Piala Carling menentang Liverpool setelah menerima penggantungan empat perlawanan.


Kapten dan pertahanan, Vincent Kompany masih lagi akan terlepas perlawanan malam ini apabila menerima penggantungan empat perlawanan setelah menerima kad merah sewaktu perlawanan Piala FA menentang Man United.


Pemain tengah, Yaya Toure dan pertahanan, Kolo Toure masih bersama pasukan kebangsaan untuk Piala Negara-Negara Afrika. Namun Mancini tidak panik dengan situasi ini kerana Man City kini bebas dari sebarang kecederaan pemain.





Pengurus Liverpool, Kenny Dlaglish pasti akan membuat perubahan besar-besaran dalam perlawanan ini setelah menerima kritikan hebat ketika kalah kepada Bolton dalam saingan liga pada Sabtu lepas.


Defensive midfielder, Jay Spearing yang sepatutnya kembali bersama pasukan malam ini selepas terlepas dua aksi perlawanan akibat kecederaan hamstring.


Pemain sayap, Stewart Downing mungkin akan diturunkan malam ini setelah hanya berada di bangku simpanan dalam perlawanan menentang Bolton. Craig Bellamy pula pasti sekali lagi diturunkan menjadikan dia bermain dua kali dalam masa empat hari. The Reds menang 1-0 dalam perlawanan pusingan pertama.


Liverpool (from): Reina, Johnson, Agger, Skrtel, Enrique, Gerrard, Spearing, Downing, Henderson, Bellamy, Carroll, Doni, Kelly, Carragher, Coates, Aurelio, Shelvey, Adam, Rodriguez, Kuyt. 


Manchester City (from): Hart, Pantilimon, Richards, Zabaleta, Savic, Lescott, Onuoha, Rekik, Clichy, Kolarov, Milner, Nasri, Barry, De Jong, Hargreaves, Silva, Johnson, Dzeko, Balotelli (subject to any appeal made), Aguero, Suarez, Razak. 


Key opponent: Steven Gerrard - excels on occasions like these 


Prediction: Liverpool 1 Manchester City 2 (City win on away goals AET)


Liverpool vs Man City Live Streaming Here