January 25, 2012

Video Preview Copa Del Rey: Barcelona vs Real Madrid [Live Streaming]


Barcelona dan Real Madrid sekali lagi akan bertemu  dalam perlawanan suku akhir kedua Copa Del Rey di Nou Camp. Juara liga Sepanyol musim lepas, Barcelona telah memenangi perlawanan pusingan pertama di Santiago Bernabeu.


Barcelona menang 1-2 dalam perlawanan suku akhir pusingan pertama ke atas Real Madrid. Dengan berbekal dua jaringan di tempat lawan, Barcelona pasti akan turun dalam perlawanan ini dengan lebih yakin.


Kali terakhir Real Madrid menang ke atas Barcelona adalah pada perlawanan akhir Copa Del Rey tahun lepas. Sejak itu, Madrid tidak pernah mencatat kemenangan ke atas Barcelona.


Josep Guardiola berharap dapat menggunakan sepenuhnya kelebihan beraksi dihadapan penyokong sendiri malam ini. The Catalans masih menjadi pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan malam ini.


Barcelona merehatkan hampir keseluruhan pemain utama mereka ketika perlawanan liga lalu, dan malam ini mereka pasti akan diturunkan untuk menentang Los Blancos. Kesemua pemain Guardiola boleh bermain pada perlawanan ini kecuali Ibrahim Afellay yang masih dilanda kecederaan.


Barcelona akan cuba mejaringkan gol awal untuk mengekang permainan Real Madrid malam ini dan Guardiola juga berminat untuk menggunakan corak menyerang dalam pertemuan ini.


Barcelona’s expected line-up is:


Victor Valdes; Gerard Pique, Carles Puyol, Daniel Alves, Eric Abidal; Sergio Busquets, Xavi Hernandez, Andres Iniesta; Cesc Fabregas, Alexis Sanchez, Lionel Messi.




Real Madrid pula menuju ke perlawanan kali ini dengan pelbagai kontroversi. Sikap Sergio Ramos dan Jose Mourinho dikatakan menjadi tajuk hangat di dada akhbar di  Sepanyol. Namun begitu, pendahulu liga itu akan meninggalkan segala kontroversi itu diluar padang sebelum sepak mula bermula.


Mourinho akan menurunkan barisan terkuat mereka dalam perlawanan ini. Pengurus dari Portugal itu telah meberi bayangan bahawa Kaka dan Esteban Granero bakal diturunkan.


Pertahanan kontroversi Madrid, Pepe juga bakal diturunkan dalam perlawanan malam ini.


Real Madrid’s expected line-up is:


Iker Casillas; Sergio Ramos, Pepe, Ricardo Carvalho, Marcelo; Esteban Granero, Xabi Alonso; Cristiano Ronaldo, Ricardo Kaka, Mesut Ozil; Karim Benzema.


Barcelona vs Real Madrid Live Streaming Here