Gambar di atas adalah sebahagian daripada preview Stadium Sultan Muhammad ke-V iaitu stadium baru Kelantan yang akan dibina di Tunjung.
Sekali imbas, rekabentuknya tidak ubah seperti stadium bola sepak Eropah. Stadium yang mempunyai rekabentuk unik ini dinamakan "The Fortress" yang membawa maksud kubu.
Sekiranya stadium ini berjaya dibina, sudah pasti ia memberi satu kredit kepada bola sepak Malaysia kerana smestinya ia akan mejadi ikutan bagi negeri-negeri lain untuk membina stadium sebegini.
Namun apa yang harus kita fikirkan sekarang adalah, adakah stadium ini benar-benar akan terbina atau hanya mimpi atau angan-angan sahaja. Tidak salah sekiranya kita mempunyai angan-angan untuk membina stadium seunik ini. Namun apa yang harus kita faham untuk membina stadium secanggih ini ia memerlukan kos jutaan ringgit. Mampukah kita?
Siapakah yang akan menaja pembinaan stadium ini? Adakah kerajaan pusat atau kerajaan negeri? Ataupun ada badan-badan NGO yang sanggup melaburkan wang jutaan ringgit untuk stadium ini?
Pelbagai reaksi diterima daripada peminat bola sepak Malaysia terutama dari penyokong setia Kelantan The Red Warriors sendiri berkaitan pembinaan stadium ini. Ada yang memberi perspektif positif dan ada juga yang memberikan perspektif negatif.
Ada juga yang mengaitkan pembinaan stadium ini dengan usaha politik sesetengah pihak. Sebenarnya memang tidak adil sekiranya kita mengaitkan politik semasa dengan bola sepak. Namun hendak atau tidak, bola sepak Kelantan semakin lama semakin diancam dengan kepentingan politik. Walaupun ada sesetengah peminat dan penyokong Kelantan tidak mahu menerima hal ini, namun dalam hati kecil mereka pasti akan terfikir juga akan hal ini.
Maaflah kalau saya katakan adakah Kerajaan Pusat mahu membina stadium di negeri yang tidak berada di bawah kuasanya dan secara terang-terangan tidak memberikan apa-apa kepentingan kepada mereka?
Saya tahu mungkin ada perasaan yang terguris dengan kenyataan ini, namun ini adalah hakikat. Walau bagaimanapun, kita sama-sama berharap agar pembinaan stadium ini tidak bermotifkan politik. Tidak salah sekiranya orang politik memegang tampuk bola sepak negeri, tapi salah sekiranya menggunakan bola sepak sebagai kepentingan politik.
Oleh: Pencinta The Red Warriors