November 19, 2011

Mungkinkah Malaysia Naik Barakuda Lagi?




Selesai sudah perlawanan bola sepak Sukan Sea peringkat separuh akhir yang menyaksikan Malaysia menang ke atas Myanmar 1-0 manakala Indonsia pula mengatasi Vietnam dengan jaringan 2-0. Perlawanan akhir yang akan berlangsung pada 21 November 2011 ini akan menyaksikan pertemuan dua musuh seteru antara MALAYSIA menentang INDONESIA.

Dalam perlawanan petang tadi, Malaysia berjaya menundukkan Myanmar melalui jaringan penyerang yang sentiasa mendapat kritikan hebat daripada peminat bola sepak tanah air iaitu Fakri Saarani ketika perlawanan hampir memasuki masa penamat. Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno itu tadi memperlihatkan kematangan corak permainan yang ditunjukkan oleh pemain-pemain Malaysia. Namun, jika dilihat secara teliti, corak permainan antara Malaysia menentang Indonesia lebih baik berbanding perlawanan menentang Myanmar petang tadi. Hal ini mungkin juga disebabkan oleh ketiadaan jurulatih negara Ong Kim Swee di bangku pemain simpanan yang sekaligus mengubah rentak permainan pemain Malaysia.

Manakala dalam perlawanan Vietnam dan Indonesia pula yang baru saja selesai tadi menyaksikan corak perlawanan yang agak laju dan keras. Bermula pada tiupan wisel permulaan sehingga kepada wisel penamat, pelbagai bentuk terjahan yang kesar dapat dilihat. Namun keputusan pengadil yang tidak melayangkan kad merah dilihat keputusan yang sesuai kerana sekiranya kad merah dilayangkan, mungkin perlawanan akan bertambah panas dan mungkin juga akan bertambah ganas.

Untuk perlawanan akhir menentang Indonesia, Malaysia harus lebih berhati-hati kerana jika dilihat dari corak permainan Indonesia tadi mungkin boleh membawa bencana kepada skuad Malaysia. Permainan mereka cukup pantas dan kemas yang dirasakan boleh mendatangkan kebimbangan kepada Ong Kim Swee. Tapi, dalam pemerhatian dapat dilihat bahawa Malaysia dan Indonesia mempunyai banyak persamaan dan perbezaan.

Persamaan
1) Pertahanan Malaysia dan Indonesia dilihat sama-sama kuat. Sukar untuk menembusi benteng kedua-dua pasukan.

2) Perancangan di bahagian tengah antara kedua-dua pasukan juga dilihat sama hebat.

3) Jentera serangan kedua-dua pasukan tumpul. Walaupun pasukan Indonesia mempunyai penyerang yang laju, namun dari segi serangan ke arah pintu gol adalah tidak begitu membimbangkan.

Perbezaan
1) Corak permainan amat berbeza. Malaysia menggunakan corak yang perlahan dan lebih berhati-hati manakala Indonesia pula menggunakan corak permainan yang laju.

2) Dari segi kelajuan pemain memang memberi kelebihan kepada Indonesia. Andik, Octo, Lucas, Titus, Diego merupakan jentera Indonesia yang dijangka mampu mengucar-ngacirkan pertahanan negara. Bagi pasukan Malaysia pula, belum lagi dapat dilihat pemain yang betul-betul laju yang boleh mengatasi pemain Indonesia ini. Namun kita mempunyai kelebihan dari segi kawalan bola yang kemas oleh Fandi Othman dan juga Azuari serta beberapa pemain yang lain.


Jadi, sekiranya Malaysia mahu memenangi perlawanan ini, kita tidak harus terikut-ikut dengan corak permainan lawan yang pantas. Kekalkan dengan corak permainan yang sama ketika bermain di peringkat kumpulan dan separuh akhir. Biarkan mereka yang mengikut corak permainan kita. Diharap MALAYSIA mampu mempertahankan pingat emas yang dimenangi dalam Sukan Sea yang lepas.

Namun sekiranya kita menang dalam perlawanan final nanti, belum tentu ia dapat menutup mulut penyokong-penyokong Indonesia yang tidak pernah berhenti daripada terus mengutuk pasukan dan negara kita.



Dan sama ada kita menang atau kalah, MUNGKINKAH KITA AKAN NAIK BARAKUDA LAGI???

INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!