January 3, 2012

Podolski Mahu Kekal Di FC Koln | Arsenal Berminat



Penyerang kebangsaan German, Lukas Podolski mahu kekal bersama FC Koln sehingga penghujung musim sebelum membuat keputusan tentang masa depannya. Bekas pemain Bayern Munich itu sebelum ini pernah dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal.


Walau bagaimanapun, penyerang itu akan terus kekal di German, dan dia gembira bersama kelab German itu.


"Saya sentiasa mengatakan bahawa saya tidak dipengaruhi oleh apa-apa tekanan apbila saya membuat keputusan tentang masa depan saya," kata Podolski.


"Dengan Cologne, saya harap saya boleh pergi lebih jauh."