January 3, 2012

Drogba Lebih Suka Kekal Di Chelsea


Sky Sports News difahamkan tiga kelab dari China mahu menandatangani Didier Drogba, dengan salah satu kelab sanggup membayar harga yang paling tinggi di dunia kepada Drogba.


Kontrak Drogba di Stamford Bridge akan tamat pada hujung musim ini dan ruang perbincangan antara Drogba dan kelab masih belum mencapai kata putus.


Bintang Ivory Coast itu dipercayai memberi keutamaan untuk kekal bersama Chelsea, dengan syarat dia ditawarkan kontrak yang sepatutnya.


Bekas penyerang Marseille mahu kontrak dua tahun bersama kelab Barat London itu namun The Blues dilaporkan hanya menyediakan kontrak untuk 12 bulan sahaja.


Jika tiada sebarang persetujuan, Drogba bersedia untuk menerima tawaran untuk menyertai bekas rakan sekelab, Anelka ke China.


Anelka baru sahaja melengkapkan perpindahan ke Shanghai Shenhua, yang mana kelab ini juga berminat untuk mendapatkan Drogba.


Dalian Aerbin dan Guangzhou Evergrande juga dikatakan berminat untuk mendapakan Drogba, dengan kedua-duanya sanggup menjadikan Drogba sebagai penerima gaji termahal di dunia.


Guangzhou dilaporkan bersedia menawarkan gaji sehingga £400,000 seminggu dalam usaha memujuk penyerang berusia 33 tahun itu berhijrah ke Timur Jauh.


Drogba bersama Chelsea sejak 2004 dan telah menjaringkan gol ke-150 pada malam Tahun Baru ketika Chelsea kalah 3-1 kepada Aston Villa.


Teruskan bersama kami untuk mendapatkan berita-berita sukan terkini. Jangan lupa like kami di FACEBOOK.