January 24, 2012

Mourinho Masih Tersenyum Walau Diejek

MADRID - Jose Mourinho tidak mempedulikan ejekan penyokong walaupun Real Madrid menang 4-1 ke atas Athletic Bilbao semalam, di tengah-tengah laporan bahawa dia berdepan pemberontakan daripada pemain.

Akhbar sukan Marca mendakwa jurulatih Portugal itu menuduh beberapa pemain yang bertaraf bintang sebagai pengkhianat, apabila melancarkan kempen secara senyap-senyap di akhbar selepas perlawanan Piala Raja Sepanyol pertengahan minggu lalu di mana mereka kalah kepada Barcelona.

"Anda membunuh saya dalam zon bebas," kata Mourinho seperti yang dilaporkan berkata kepada pemain, merujuk kepada kawasan khas di mana pihak media berpeluang bercakap dengan pemain selepas perlawanan.
"Sudah tentu anda orang Sepanyol sebagai juara dunia, kawan anda dari media akan mempertahankan anda," katanya.

Walaupun Real menang 4-1 ke atas Athletic Bilbao semalam, yang mengekalkan kelebihan lima mata ke atas Barcelona dalam saingan kejuaraan La Liga, Mourinho tetap diejek oleh penyokong di Santiago Bernabeu.

"Ini bukan masalah bagi saya, ia tidak berlaku ketika saya di Porto, Chelsea atau Inter Milan namun memang selalu berlaku perkara pertama kali.

"Adakah ia sukar? Kami bermain dan menang. Di sini mereka mengejek Zidane, Ronaldo dan Cristiano Ronaldo, iaitu pemain yang menang anugerah Bola Emas, jadi mereka mereka tidak boleh mengejek saya?
"Saya akan cuba dan menjawab semua ini menerusi kerja saya. Di Chelsea ia pastinya sukar untuk menerima ejekan tetapi tempat di mana mereka mengejek orang terbaik.

"Saya bukannya lahir sebagai penyokong Madrid. Saya profesional," kata Mourinho. - AFP