January 24, 2012

Balotelli Mungkin Digantung

LONDON: Penyerang kontroversi Manchester City, Mario Balotelli kemungkinan berdepan digantung empat perlawanan oleh Persatuan Bola Sepak Inggeris kerana salah laku.

Pemain Itali berusia 21 tahun itu berdepan dengan tuduhan itu selepas rakaman video menunjukkan dia secara sengaja menerjah kepala pemain Tottenham Hotspur, Scott Parker, ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris yang berkesudahan City menang 3-2. 


Insiden itu membuatkan pengurus Spurs, Harry Redknap kecewa dengan keputusan pengadil, Howard Webb yang meneruskan permainan tanpa melayangkan kad kepada Balotelli. - AFP