January 1, 2012

Kekalahan Adalah Bencana | Alex Ferguson

Sir Alex Ferguson mengakui bahawa Man United  harus membayar kembali kekalahan yang dasyat 3-2 kepada Blackburn dalam perlawanan di Old Trafford dan mengklasifikasikan kekalahan ini sebagai 'BENCANA'.

Penjaga gol Man United, David Gea tidak dapat menyelamatkan gol dalam masa 10 minit terakhir apabila sepakan penjuru Blackburn oleh Gamst Pedersen ditanduk cantik Grant Hanley untuk gol kemenangan buat Blackburn.

Yakubu yang diturunkan Blackburn, bermula dengan aksi mengejutkan apabila menjaringkan dua gol untuk memastikan Balckburn mendahului dengan 2-0. Gol pertama Blackburn muncul pada minit ke-16 apabila Yakubu dijatuhkan Berbatov dalam kotak yang menghadiahkan sepakan penalti buat Blackburn.

Berbatov menebus kembali kesalahan dirinya apabila berjaya menjaringkan dua gol, namun di akhir perlawanan ia memberikan senyuman buat pengurus pasukan pelawat sehingga ke wisel penamat.

Manakala Ferguson pula yang menyambut hari jadi ke-70 tidak mempunyai mood untuk meraikan hari jadinya di atas kekalahan ini. Dengan keputusan ini menjadikan mereka hilang peluang untuk merampas kedudukan daripada Man City.