January 1, 2012

FA England Dedahkan Keputusan Penggantungan Suarez

 Persatuan Bola Sepak England telah menegeluarkan kenyataan bertulis secara penuh sebab-sebab penggantungan bintang Liverpool, Luis Suarez di atas kesalahan menyalahgunakan isu perkauman keatas Patrice Evra.

Dalam sebab-sebab yang dinyatakan, suruhanjaya memberikan alasan bahawa keterangan yang diberikan oleh Suarez adalah "tidak boleh dipercayai" dan "tidak konsisten".

Dalam dokumen sebanyak 115 helaian itu mengandungi butir-butir kes perbualan antara kedua-dua pemain semasa perlawana di Anfield pada 15 Oktober lalu.

Menurut ringkasan dalam laporan: "Mr Evra adalah seorang saksi yang boleh dipercayai. Beliau memberi keterangan dengan tenang, jelas dan konsisten walaupun dia tidak dapat mengingat setiap perbualan dengan Suarez.

Kebolehpercayaan

 
"Bukti Mr. Suarez tidak boleh dipercayai adalah berkaitan beberapa perkara yang sangat penting. Ia jelas bercanggah dengan bukti antara kenyataan Suarez dengan rakaman video. Sebagai contoh, Mr. Suarez berkata bahawa dia mencubit Mr. Evra, namun dalam usaha untuk meredakan keadaan beliau telah menggunakan perkataan 'negro' untuk kembali berbaik.

"Untuk menerangkan tingkah laku sendiri dengan cara itu adalah tidak munasabah dan ianya luar biasa kerana berlaku pertengkaran yang amat hebat antara kedua-dua pemain. Keterangan yang diberikan oleh Mr. Suarez amat lemah dan mengejutkan dan boleh menimbukan syak wasangka untuk perkara-perkara lain.

Liverpool mengesahkan mereka akan mengkaji beberapa bukti sebelum memutuskan sama ada untuk membuat rayuan atau tidak.

Liverpool mengesahkan mereka berdiri teguh di belakang Suarez dan mengkritik hebat FA England dan Evra.

Kenny Dalglish turut memakai kemeja menyokong pemain Uruguay itu sebelum seri dengan Wigan pada 21 Disember lalu.