January 22, 2012

Clash Of The Titans: Arsenal vs Manchester United Preveiw
















Pertemuan Blockbuster bakal berlaku di Emirates Stadium dalam pertembungan antara Arsenal dan Man United. The Gunners kini berada empat mata di belakang Chelsea manakala Red Devils pula berada tiga mata dibelakang pendahulu, Man City.


Arsene Wenger teragak-agak sama ada mahu menurunkan Thomas Vermaelen dalam perlawanan ini, selepas pemain itu kini baru sahaja pulih dari kecederaan. Berkemungkinan juga pertahanan muda, Ignasi Miquel akan diturunkan dalam kesebelasan utama sekiranya Vermaelen tidak dapat beraksi.


Mikel Arteta tidak bermain sewaktu mereka kalah 3-2 kepada Swansea dan berkemungkinan dia tidak akan diturunkan juga dalam perlawanan malam ini. Ini bermakna Yossi Benayoun akan bermain dalam skuad utama sebagai medfielder.


Thierry Henry juga mengalami kecederaan dan tidak dapat dipastikan sama ada diturunkan atau tidak. Andrey Arshavin mungkin akan menjadi penggantinya pada malam ini.


Dalam masa yang sama, Abou Diaby, Francis Coquelin, Kieran Gibbs, Carl Jenkinson, Ryo Miyaichi, Bacary Sagna, Andre Santos dan Jack Wilshere akan berada di tepi padang ekoran masalah kecederaan. Manakala Gervinho dan Chamakh pula masih tidak dapat beraksi apabila terpaksa bersama negara masing-masing untuk Africa Cup of Nations.


Alex Ferguson pula merasa lega apabila Chris Smalling dan Phil Jones kembali ke dalam skuad dan berkemungkinan akan diturunkan selepas Rio Ferdinand dilaporkan mengalami kecederaan semasa latihan.


Paul Scholes juga mungkin akan diturunkan untuk berganding bersama Giggs ataupun Carrick.


Danny Welbeck masih lagi dilanda kecederaan dan sekiranya di cergas, mungkin juga akan diturunkan malam ini. Ferguson pasti akan menurunkan Valencia dan Nani untuk membantu Rooney di bahagian hadapan.


Anderson, Tom Cleverley, Fabio, Darren Fletcher, Michael Owen dan Nemanja Vidic kesemuanya mengalami kecederaan dan tidak akan diturunkan dalam perlawanan menentang Arsenal.








































Prediction: 1-1