January 22, 2012

Artikel Pendek Isu Pergaduhan di Paroi

Insiden panas yang berlaku dalam perlawanan antara Negeri Sembilan menentang Felda United tidak seharusnya berlaku dalam kancah bola sepak tempatan buat masa kini. Bola sepak tempatan baru sahaja berada di kaki kegemilangan dan mungkin bakal menjadi satu liga yang mendapat perhatian seluruh dunia satu masa nanti.


Namun insiden semalam jelas mencemarkan imej bola sepak Malaysia di mata peminat bola sepak tempatan. Menurut Hardi Jaafar sendiri, semasa tamat perlwanan, dia bersalam dengan semua pemain Negeri Sembilan. Namun apabila Hardi Jaafar menghulur tangan untuk bersalam dengan Owona, pemain import Negeri Sembilan itu meludah ke arahnya. Hal ini telah membangkitkan kemarahan Hardi Jaafar sendiri.


Berkaitan pergaduhan dengan penyokong pula adalah dimulakan oleh penyokong Negeri Sembilan. Dalam video yang diupload ke Youtube boleh dilihat penyokong Negeri Sembilan membuat provokasi melampau dengan membaling botol ke arah penjaga gol Felda United. Jadi pemain-pemain Felda United terpaksa bertindak di atas sikap kurang ajar penyokong Negeri Sembilan itu.



Diharapakan agar FAM dapat mengambil tindakan tegas di atas insiden yang berlaku ini. Liga Malaysia telah diangkat menjadi liga profesional. Seharusnya minda pemain dan peyokong juga harus profesional dalam hal ini. Namun sekiranya mentaliti pemain dan penyokong masih boleh diibaratkan sebagai tidak bertamadun, tidak ada guna liga ini diangkat sebagai liga profesional.