January 22, 2012

Barclays Premier League Sabtu



Norwich City 0-0 Chelsea


Chelsea kecewa apabila terlepas peluang untuk mengejar Tottenham apabila sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan dengan Norwich City.


Chelsea mempunyai banyak peluang dan ditambah pula dengan kecekapan penjaga gol Norwich, John Ruddy yang begitu cemerlang menyelamatkan bola hasil rembatan Torres, Mata dan Ramires.


Lampard terpaksa dikeluarkan dalam perlawanan tersebut pada separuh masa pertama apabila mengalami kecederaan. Bermain dengan 90 minit tanpa jaringan membuatkan mereka terpaksa berkongsi mata dengan tuan rumah.


Wolverhampton Wanderes 2-3 Aston Villa


Bekas penyerang Wolves, Robbie Keane kembali kepada kelab lamanya, Aston Villa dan menjaringkan dua gol kemenangan buat Villa.


Villa menjaringkan gol pembukaan melalui Darrent Bent namun Wolves membuat satu gerakan yang cantik sebelum menjaringkan dua gol melalui Kightly dan David Edwards.


Dengan ketinggalan 2-1, Keane menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-51 menjadikan kedudukan terikat 2-2. 


Pemain Wolves- Karl Henry dibuang padang dan kesempatan ini diambil oleh Aston Villa dengan Keane sekali lagi menjaringkan gol kemenangan buat Villa.


Everton 1-1 Blackburn Rovers


Blackburn berjaya mendapat satu mata apabila mencatat keputusan seri dengan Everton.


The Toffees menjaringkan gol pembukaan pada separuh masa pertama aapbila Marouane Fellaini bijak membuat lorongan sebelum disudahkan Tim Cahill.


Namun Rovers menemukan gol yang dicari apabila clearance yang dilakukan Cahill tertampan David Goodwillie dan tertampan masuk ke gawang Everton.


Fulham 5-2 Newcastle United


Clint Dempsey menjadi pemain Amerika pertama yang menjaringkan hat-trick dalam Barclays Premier League dalam perlawanan kebangkitan Fulham untuk menewaskan Newcastle di Craven Cottage.


The Magpies mendapat gol awal apabila Danny Guthrie membuat rembatan cantik dari jarak 30 meter, namun Fulham mendapat gol penyamaan melalui Andrew Johnson apabila Daminen Duff dijatuhkan Davide Santon.


Selepas itu, Bobby Zamora menjadi pembantu kepada Dempsey menjaringkan dua gol sebelum Zamora sendiri menjaringkan gol untuk kedudukan 4-1. Ben Arfa menjaringkan gol kedua buat pasukan pelawat dalam usaha untuk merapatkan kedudukan, namun Demsey menjaringkan gol ketika untuk memastikan Fulham menang bergaya ke atas Newcastle.


Queens Park Rangers 3-1 Wigan Athletic


QPR mencatat kemenangan pertama dibawah kendalian Mark Hughes untuk memastikan mereka keluar dari zon penyingkiran apabila menewaskan Wigan.


Heidar Helguson menjaringkan gol hasil lorongan daripada McCarthy sebelum Akos Buzsaky menambah derita pelawat melalui sepakan percuma yang cantik.


Hugo Rodallega merapatkan kedudukan pada separuh masa kedua, namun Tommy Smith memastikan QPR berjaya memungut tiga mata berharga apabila menjaringkan gol ketika pada jarak 25 meter.


Stoke City 1-2 West Bromwich Albion


West Brom berjaya mencatat kemenangan pertama ke atas Stoke City sejak 1982 apabila sepakan percuma Graham Dorrans pada minit-minit terakhir perlawanan memberikan tiga mata berharga buat The Baggies dalam Barclays Premier League.


West Brom berada di depan apabila James Morrison menjaringkan gol pada jarak 25 meter namun Cameron Jerome berjaya merapatkan jurang apabila membuat tandukan hasil hantaran silang Pennant. 


Namun sepakan percuma Dorrans dari penjuru kiri gol memastikan anak buah Roy Hodgson mencapai kemenangan.


Sunderland 2-0 Swansea City


Sunderland meneruskan kecemerlangan di bawa kendalian Martin O'Neil apabila menewaskan Swansea di Stadium of Light.




The Black Cats mendahului apabila Stephane Sessegnon menjaringkan gol pada separuh masa pertama.


Dan mereka mengesahkan kemenangan apabila Graig Gardner bijak membuat rembatan pada minit ke-85.



Bolton Wanders 3-1 Liverpool


Bolton seharusnya boleh berbangga apabila berjaya mencatatkan kemenangan bergaya ke atas Liverpool di Reebok Stadium.


The Trotters berada 2-0 di hadapan pada separuh masa pertama hasil jaringan daripada Mark Davies dan Nigel Reo-Cooker.


Carroll menjaringkan gol buat Liverpool namun Gretar Steinsson melengkapkan malam bergaya Bolton dengan gol melalui satu half volley yang cantik.