December 18, 2011

Villas-Boas Kecewa Kebangkitan Wigan




Andre Villas-Boas harus mencari kaedah lain untuk meneruskan pertarungan selepas hanya berjaya mengutip satu mata ketika menentang Wigan.

Jordi Gomez menjaringkan gol penyamaan pada lewat permainan sekaligus menafikan gol yang dijaringkan Sturridge meninggalkan Villas-Boas berada dalam keadaan kecewa.

Chelsea kini berada enam mata di belakang Man City.

Wigan kalah 9 kali dalam 12 perlawanan terakhir namun menunjukkan semangat permainan yang amat luar biasa ketika menentang Chelsea malam tadi.

Pengurus Wigan, Roberto Mantinez menyifatkan persembahan anak buahnya sebagai 'perfect' dan terbaik dalam perlawanan tersebut.