December 18, 2011

Arsenal Mampu Tewaskan City- Wenger





Pengurus Arsenal Arsene Wenger percaya bahawa anak buahnya mampu menyerap tekanan dan menewaskan Man City dalam pertemuan malam ini.

Pendahulu liga, Manchester City kehilangan rekod tanpa kalah apabila tewas kepada Chelsea 2-1 pada Isnin lalu, dalam masa yang sama Arsenal mencatat tujuh kemenangan dalam lapan perlawanan terakhir.

Bagi anak buah Roberto Mancini pula mereka harus mengembalikan maruah kekalahan kepada Chelsea dan tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara.

Man City mempunyai rekod yang bersih di Etihad Stadium, menjaringkan gol dalam setiap perlawanan dan berjaya menewaskan Arsenal dalam saingan Piala Carling musim ini.

Arsenal cuba untuk mengembalikan memori tahun lepas apabila berjaya menewaskan City 3-1 dengan hanya bermain 10 orang.

Arsenal kini menduduki tangga ke-5 liga, sembilan mata dibelakang City, jadi Wenger berharap kemenangan malam ini dapat menempatkan mereka di landasan yang betul untuk menjadi juara liga.

Dalam lawatan pertama ke bandar Manchester pada Ogos lepas, Arsenal tewas 8-2 kepada Man United.

Bagi pemain pertahanan City, Vincent Kompany akan menggalas tugas untuk mengawal penjaring terbanyak liga setakat ini, RVP.